Salam, Hi
Jadi, ambil tahu tentang SPF. Apa itu SPF? SPF adalah 'Sun Protection Factor'. Kesan sinaran matahari yang terus ke kulit kita akan menyebabkan kerosakan lapisan kulit, hal ini akan mendatangkan beberapa masalah seperti kulit berjerawat, berjeragat, dan cepat kendur ataupun kedut. Terdapat 3 nilai SPF pada dasarnya, iaitu SPF 15, SPF 30, SPF 50.
Setiap warna kulit kita sebenarnya mempunyai daya ketahanan yang berbeza, disini terdapat anggaran ketahanan kulit untuk terdedah dibawah sinaran matahari:
- Kulit putih mempunyai daya ketahanan selama 10 minit
- Kulit kuning langsat selama 15 minit
- Kulit gelap pula mampu bertahan sehingga 20minit.
Jadi kesimpulannya dekat sini, semakin gelap kulit seseorang itu, semakin tinggi tahap ketahanannya kerana kandungan pigmen melanin nya yang lebih tinggi. Sebab tu kalau orang berkulit cerah cepat je terbakar dan kemerah merahan bila dekat bawah matahari.
Tapi nak diingatkan dalam memilih sunblock ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan, supaya kita lebih selesa dengan pemakaian sunblock tersebut.
Antara tips yang nak di kongsi:
1. Sapu 15-25 minit sebelum nak keluar
Hal ini untuk memberi kesan resapan yang sempurna ke dalam kulit.
2. Sapu setiap inci kulit yang terdedah
Sapu disetiap bahagian yang terdedah termasuk juga dibalik lipatan lipatan, hal ini dapat memberi pelindungan sepenuhnya.
3. Topup setiap 3 atau 4 jam.
Bukan topup kredit eh, topup sunblock tu, sebab sunblock hanya mampu bertahan sementara, bukan kekal sampai malam ye. Kalau ada iklan kata bertahan sampai malam haaa yang tu tipu, opss! Kalau yang jenis cepat berpeluh, lagi kerap lah kena sapu semula sunblock tu. (Sape pakai sunblock sampai malam, memang takde lah iklan centu kan)
4. Periksa tarikh luput
Ini penting, kerana jika sunblock tersebut dah berubah warna, tekstur, bau, dan sebagainya, ia tak akan memberi apa apa kesan lagi kepada kita. Malah takut memberi kesan negatif pulak dekat kulit kita. So just throw it or leave it.
5. Extra tips
Kalau untuk aktiviti renang, cari sunblock yang ada label 'water resistance' tapi jangan salah faham dekat sini, dia bukan water proof tau, hanya dapat melindung selama 40minit ke 80minit gitu je. Jadi macam biasa 'apply' semula bila dah terlalu lama terdedah
Dan panduan memilih sunblock mengikut jenis kulit ialah:
Kering : Cari yang bertekstur krim atau lotion
Berminyak : Cari yang gel dan pastikan oil free ataupun water based
Sensitif : Cari yang gel dan tiada pengawet serta bau.
Berbulu (rambut rambut halus) : Cari yang jenis gel atau spray
Untuk kulit gelap : Memadai dengan hanya SPF 15-30
Namun,sekadar peringatan, keperluan air dalam badan jugak tersangatlah penting. Jika aktiviti kita memaksa kita selalu terdedah pada sinaran matahari, banyakkanlah minum air putih untuk hidratkan kembali kuantiti air dalam tubuh badan kita.
Ni yang fatin guna, jenis kulit : berminyak (xkritikal)
