Salam, Hi
Selamat pagi! Sejuk tak dekat sana. Feeling betul bangun bangun rasa sejuk gedik tak payah nak buka kipas pon kan. Alhamdulillah nikmatilah sebelum ianya berakhir. Lepasni panas lit lit haaaa merungut laa pulak kita nanti, Hahaa. Fatin ni bila sejuk sejuk ni mula lah geledah nak cari makanan. Rasa lapar tul memanjang. Tapi sejak kerja ni dah berjaya turun 2 kilo dah yeayy!
Rasanya kalau orang Pulau Pinang area Kepala Batas, mesti tau mana nak cari Roti Canai Mamu Terbang ni. Pulau Pinang ni unik sikit, kami kalau orang seberang laut sana tu (orang pulau) baru kami sebut Penang. Sebab tu jangan pelik kalau orang Penang, tetiba dia sebut haaa kami nak pi Penang satt ni. Dah duduk dalam Penang nak pi Penang mana lagi pulak dah! Haaa tudiaa, tu maksud dia area pulau (island) sana. Pesta penang, haa belah sana laa.
Balik pada roti canai mamu ni, kedai mamu terletak dekat Penaga, Kepala Batas. Pernah dengar Pasar Bisik? Haaa dekat dekat situ lah. Kenapa panggil Pasar Bisik yang tu tak study habis lagi hahaa. Selalu kalau pergi pekan ahad, wajib singgah kedai mamu ni. Kalau pergi lambat, haaa sabar lah menunggu memang tak merasa la tempat duduk. Penuh! Orang mai mana taktau hahaa.
Kenapa nama roti canai terbang, mesti laa sebab roti canai tu terbang. Tapi bukan semua dia terbangkan tau, sesekali je. Jadi bila dia tebar roti canai tu pastu dia terbangkan, semua pakat toleh la tengok aksi penebar roti tu siap 'berwoooo' sakan dah macam tengah tengok bola sepak. Terbaiklah, skill yang jarang jarang nak dapat tengok. Macam mana boleh terbangkan dan sambut dengan selamat tanpa terburai pon. Macam cerita ''Lagi Lagi Senario'' tu, fuhhh cerita tu memang favourite!
Menu yang Fatin suka dekat situ adalah roti canai cheese. Memang tak miss laa menu paling favourite Fatin ni. WAJIB! Hahaa ramai tertanya tanya rasa macam mana. Mesti laa sedap untuk penggemar keju, rasa tu lebih kurang macam 'nan cheese'. Tolong jangan kecam. Apa salahnya ada inovasi sikit, dia cuma tambah keju je dalam roti canai tu. Kalau nak roti canai yang asli, roti canai telur, roti canai sardin dan lain lain pon ada je. Yang ni cuma dia variasi kan je menu roti canai dia.
Lepas habis sepinggan roti canai tu baru rasa menyesal (acah acah). Yeala kata Kevin Zahri, roti canai merupakan antara 10 makanan yang menggemukkan di Malaysia. Sekeping roti canai mempunyai nilai kalori sebanyak 300-600 kcal dan memerlukan aktiviti seperti berlari selama 90minit dan lebih untuk membakar semula kalori tersebut (hm hmm). Okay takpa lah, pasal makanan tetap nombor satu ''food is bae''. Sesungguhnya, sekadar ayat nak sedapkan hati,