background

Tuesday, January 31, 2017

Tips Mudah Turun 10kg

Assalamualaikum,

Okay entry nie straight to the point, cuma nak kongsi tips turun 10kg dalam masa 3 bulan. Tak susah tapi orang kata kenalah istiqamah!
First rutin harian macam biasa biasa lah. Jadi student nak buat apa je sangat pergi kelas, makan, balik kelas, makan, malam lepas makan buka buku ulangkaji apa yang lecturer ajar siang tadi  (yang ni tipu).

My journey begin!

Pagi: Ambil breakfast! Jangan skip, kalau skip ye anda gemokla sampai bila bila. Pagi selalunya saya ambil biskut (3-4keping) takpun roti gardenia (1-2keping) ataupun nugget/sosej/tempura (jangan lebih 4pcs). Atau kalau sempat rebuslah telur separuh masak. Air biasanya air mineral jea takpun milo panas.

Tengahari: Still makan nasi tapi portion segenggam je. Kuah nak ambil takpe, tapi make sure jangan sampai jadi laut. Sayur lebih! Alaaa sayur lebih lebih pun bukan kena caj mahal kan. Ambil jeala lebih sikit. Makan sayur cepat kenyang. Kadang kadang prefer bihun sup/laksa. Tapi kadang kadang teringin nasi ayam. Nasi ayam makcik dekat kolej tu sedap gilaa! (Selang sehari atau dua hari). Air ais kosong (kan dah jimat). Extra tips minum segelas air kosong sebelum nak lunch. Nanti tak laa rasa nak makan banyak sangat sebab space perut kosong tu air dah take over.

Petang; Time nie option laa nak makan takpa, taknak makan pon ikut suka laa. Dulu kalau lapar sangat spare jugak something dalam beg. Biskut laa paling senang. Biskut oatcrunch tue tapi sebungkus jeala haaa. Kata nak kurus bertahan laa kejap makan benda benda tak best tu.

Malam: Yang nie penting, take noted eh. Pastikan makan before jam 8 malam tau. Sebab pernah terbaca satu artikel, seeloknya makanlah 3 ke 4jam sebelum nak tidur. Esok pagi konfirm berat turun. Tak caya cuba laa sekali. Nak makan apa? Makan ringan ringan jealah. Kalau dulu saya ambil bihun/kuey tiaw sup/tomyam. Mee atau nasi kalau boleh elak tue elak la yea. Atau ratah lauk jea nyumnyum.

Tengah malam: Haaaa yang nie paling problematic kalau jadi student. Dah la selalu tidur lambat, tengah malam tak sah la kalau tak lapar. So konklusinya minum la segelas susu (feveret!) Bagi yang mual tengok susu minum laaa milo kosong (jangan letak gula). Kalau lapar lagi cicah laaa dengan biskut kosong (3-4 keping)

Mantainla sampai dapat berat yang diidamkan. Tapi sesekali buat laa 'cheat day' untuk puaskan nafsu tertahan tue. Tapi sekali dalam seminggu! Sebab kalau badan dah terbiasa makan cemtu lama lama jadi biasa, so kalori yang nak terbakar pon jadi slow laa sebab badan dah terbiasa. So dinasihatkan sesekali tu makan la lebih tapi jangan melampau eh.

Senaman? Dulu petang petang kalau kelas habis awal so akan curi laa masa sikit pergi jogging (20-30minit). Kalau malas nak jogging berjalan laa dalam 45 minit. Tapi tak selalu laa exercise tue, seminggu 2 3 kali jea ikut kerajinan.

So, thats all tips sepanjang 3bulan tu. Apa apapun tips paling klise banyakkan minum air putih, tue serious tak tipu. Air putih buat perut tahan lebih lama, banyak minum air rasa lebih cepat kenyang. Good luck untuk yang nak kurus!