Bermalam Di ParkRoyal Kuala Lumpur

10:58

Salam, Hai.

Siapa yang suka sambil shopping sambil jalan jalan. Bak pepatah ada mengatakan sambil menyelam minum air. Haaaa, confirm laa ramai macam ni. Kalau tak membeli belah pon habis kurang mesti ‘window shopping’ kan? Tak kisah la laki ke perempuan ke, mesti semua suka buat benda ni. Tapi majoriti sudah tentu la kaum perempuan kan hehee. Okay sebenarnya Fatin nak kongsi, satu tempat yang memang sesuai untuk jalan jalan plus shopping. Dekat mana lagi? Mesti la Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Am i right? Semua tahu laa Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia, so memang jadi syurga membeli belah laa di Malaysia. Setuju kan? Sebab dekat Pusat Bandaraya ni la menjadi tempat tumpuan orang orang tempatan dan pelancong luar. Pusat beli belah, bangunan pencakar langit, haaa semua dibina di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Selain itu banyak jugak tempat tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong. Nak sebut satu satu memang tak habis laa cerita ni.


Bagi yang ada terfikir untuk datang ke Kuala Lumpur, apakata saya cadangkan untuk bermalam ni ParkRoyal Kuala Lumpur. Hotel yang bertaraf empat bintang yang menawarkan harga mampu milik kepada kita dan mesti tak percaya dengan harga yang ditawarkan, sebab sungguh tak masuk akal. Harga yang berpatutan setanding dengan kualiti servis yang tip top dari hotel ParkRoyal Kuala Lumpur. Harga bermula dari RM3++ sahaja anda dapat keselesaan sama seperti hotel bertaraf lima bintang! Haa taknak ke? Takkan lah dah seharian penat berjalan kesana sini, taknak tempat bermalam yang best? Rugi sangat tau. Apa yang lagi best tentang ParkRoyal adalah Parkroyal berjarak hanya 500 meter dari kawasan beli-belah seperti Bintang Walk dan Sungei Wang Plaza. Menara Berkembar Petronas terletak dalam jarak kira-kira 1.5 km. Chinatown, yang terletak di sepanjang Jalan Petaling, dalam jarak 3 km dari hotel ini. Haa yang kaki shopping memang sesuai sangatla, penat penat boleh terus balik berehat. Perkhidmatan untuk spa pun ada dekat sini. Walaa!

Cantik sangat!

Parkroyal Kuala Lumpur terletak di Jalan Sultan Ismail Bukit Bintang dimana tempat ni sangat strategik. Tengah bandaraya tau, so senang la korang nak gerak ke sana ke sini. Perkhidmatan awam pun senang nak dapat. Terserah nak naik LRT, Uber, Bas, Grab car semua boleh pilih. Ikut kemampuan dan keselesaan sendiri. Park Royal menawarkan lebih dari 3 pilihan bilik yang boleh ditempah dan mepunyai ‘range’ harga yang berbeza dan mempunyai keistemewaan tersendiri. Terdapat juga bilik bilik yang menawarkan pemandangan langit bandar yang sangat hebat. Hotel ini turut mempunyai spa mewah dan restoran dengan konsep dapur terbuka.

Kolam renang

Bilik-bilik di Parkroyal Kuala Lumpur menyediakan TV, alat untuk membuat teh/kopi, peti deposit keselamatan, bilik mandi yang dilengkapi dengan pengering rambut, jubah mandi dan kemudahan pancuran mandi.  Best kan? Selesa dan boleh la mandi lama-lama, hilangkan segala keletihan tu. Bukan selalu kan nak dapat mandi di hotel yang mewah macam ni. Jangan sia siakan! Kalau nak cakap mengenai fasiliti pulak, memang macam macam tersedia. Antara fasiliti yang ada tersedia di sini termasuklah kolam renang, gym, pusat spa dan kesihatan, khidmat urutan, khidmat pembersihan seperti mendobi, cucian kering dan banyak lagi. Lengkap dan sempurna. Tak dapat laa nak senaraikan semua. Hotel ni juga menyediakan kemudahan untuk mesyuarat atau jamuan, jadi boleh lah membuat tempahan dengan pihak mereka jika ingin mengadakan sebarang majlis. Makanan pon sangat sedap, tengok Cheff la, semua yang berpengalaman dan serba serbi mahir. Restoran yang terdapat di hotel ini adalah seperti Chatz Brasserie Restoran, dimana ia menyajikan hidangan Asia dan makanan Barat. Kalau nak lepak-lepak minum boleh la cuba di Hot Gossip Café dimana ia menawarkan hidangan ringan untuk para pelanggan, jadi boleh la relaks dan bersantai kan. Kalau nak dengar muzik secara live pula, boleh la mengunjungi Klix Lounge yang terdapat dalam hotel ni jugak. Senang kan, tak perlu dah nak keluar memandu dalam kesibukan kota Kuala Lumpur untuk cari tempat nak lepak.

Lokasi ParkRoyal, Kuala Lumpur

Macam yang saya katakan tadi la kan, Parkroyal Kuala Lumpur ni berhampiran dengan kawasan pusat membeli belah. Bukan tu saja tempat-tempat yang menarik pon berdekatan dengan hotel ni tau, jadi memang tak salah lagi la kalau jadikan Parkroyal Kuala Lumpur ni sebagai tempat penginapan untuk  bermalam bila datang ke Bandaraya Kuala Lumpur nanti. Hotel mewah dengan harga yang ditawarkan pula sangatlah berbaloi. So apa lagi tunggu? Tempah bilik di Parkroyal Kuala Lumpur  hotel hanya diTraveloka sekarang untuk rate yang terendah. Penginapan di ParkRoyal Kuala Lumpur juga telah dinilai baik di Kuala Lumpur!

ParkRoyal, Kuala Lumpur

You Might Also Like

33 comments

  1. best la park royal ni. betul2 tgh bandar

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak tidur hotel.Mengusik di kalbu baca entri ni T_T hohohh

    ReplyDelete
  3. Memang nampak dalam kelasnya tersendiri park royal hotel ni. No wonder banyak orang buat event dekat sini. Siapa nak rasa tidur di hotel mewah bolah lah cuba stay dkt park royal KL ni kan.

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat bermalam di hotel park royal

    ReplyDelete
  5. memang betul2 tengah bandar. suka jugaaa booking guna traveloka. banyak promo2 best

    ReplyDelete
  6. Bila hotel dekat dengan banyak fasiliti lain yang menjadi tumpuan dan pilihan ramai..lazimnya hotel tersebut akan menjadi pilihan pertama...jimat masa..minimum tenaga dari satu tempat je satu tempat..

    ReplyDelete
  7. nampak mewah and cantik! nice sharing sis :D

    ReplyDelete
  8. wah cantik biliknya, selesa sangat.. follow back di sini ya..

    ReplyDelete
  9. Menariknya. Nak cuti new year nie boleh la plan bermalam dekat sana.

    ReplyDelete
  10. Cantik biliknya dan ianya terletak di kawasan yang strategik untuk pencinta beli belah.. =)

    ReplyDelete
  11. bestnye sbb dekat ngan tmpt shopping...hehe

    ReplyDelete
  12. Hello visit here ! feel free to join my giveaway ;)



    http://princessdreamerdairy.blogspot.my/2017/12/giveaway-giveaway-by-princess-fazz-my.html

    ReplyDelete
  13. wah asik bisa jalan-jalan, pasti indah sekali suasana nya yah .. :)

    ReplyDelete
  14. duk kl tak pernah duk kat hotel kl, pergi sana sini, pastu terus balik rumah haha

    ReplyDelete
  15. dah 2 thn x menginap d mana2 hotel.maklumlah kan skrg meeting cikgu2 buat di PKG atau PPD sahaja..huhuhuhu

    ReplyDelete
  16. wow! cantik hotel nie.. harga pun murah.. bleh cube kalau pergi KL lepas nie..

    ReplyDelete
  17. booking thru traveloka mmg best...hotel ni mmg dkt ngan tmpt shopping..senang la saper2 yg suka shopping tu kn

    ReplyDelete
  18. seronok duduk hotel, tp x tahan sejuk benor

    ReplyDelete
  19. ada sesapa nak belanja saya menginap kat hotel ni? hahaha

    ReplyDelete
  20. Ni second time baca pasal ParkRoyal ni. Rasa macam menarik juga hotel ni.

    ReplyDelete
  21. Sis jenis suka tinggal di hotel seperti Parkroyal KL iaitu lokasi dalam / dekat dengan shopping mall.. Jadi takde masalah untuk dapatkan segala macam keperluan di samping facilities hotel juga best. Shopping mall adalah terapi minda sis, hehehehe

    ReplyDelete
  22. Wah!ni mmg tempat sesuai nk jalan KL. Hotel cantik, tempat nak berjalan pun berdekatan..

    ReplyDelete
  23. Wah Ada pool tuh mmg best la. Hotel pun nampak selesa Dan cantik

    ReplyDelete
  24. terletak di tengah - tengah bandar , mudah nak cari hotel ni , maps je kan

    ReplyDelete
  25. Memang cantik bilik hotel ni kak. Nampak ekslusif sangat. :D. Siap ada kolam renang sangat. Hihi. :D

    ReplyDelete
  26. CANTIKKK GILAA HOTEL, huhu belajar dekat KL tak sempat lg terokai macam ni hehehe

    ReplyDelete

THE APPLE OF MY EYES