Salam, hi.
Mesti ramai je yang dah cuba samyang ni kan. Dari ke paket hitam, kuning, merah, purple, biru dan yang paling terbaru sekarang, pink! Alahai nak sangat, tak ada ke yang nak sponsor, please! Bagi Fatin yang warna merah which is 2 kali spicy tu memang tak menahan. Sekali suap je zupppp berdesup rasa macam terbang sampai planet pluto. Tapi gigih jugakla habis kan. Yang paling feveret yang biasa jeala, packaging hitam tu.
Suatu hari nampak 'samyang challenge' dekat youtube samyang biru ni, samyang ice, terus rasa macam teringin gila nak cuba. Mula mula nak beli online, tapi harga macam lari bajet je, mahal sangat. Tak jumpa yang murah. Lepastu pergi lah jalan dekat pasaraya berdekatan, dan jumpa! Harga lagi murah dari online. Tak pandang kiri kanan dah terus sambar berlari lari anak ke kaunter nak bayar (propa je lebih). 3 minit juga la nak buat keputusan tu, lepas tu tak fikir panjang dah terus ambil bayar. Hasil perbincangan dengan adik beradik, sebulat suara masing masing nak kongsi beli sekali. Haa bagus, lagi jimat!
Tapi tak ada la gelojoh balik balik rumah terus masak, 2 3 hari lepastu baru rasa nak cuba. So sediakan semua bahan periuk belangga pinggan mangkuk. Siap! Apa yang uniknya samyang ice, lepas kita dah rebus dan toskan dia, kita haruslah rendam kan balik samyang tu dalam air sejuk/ ais ketul. Agak agak dah sejuk, angkat lah, setelkan perencah dia.
Jadi, bagi pendapat Fatin, Samyang Ice ni tak sesuai kalau nak makan waktu malam. Waktu tengah sejuk sejuk, sebab rasa tak 'feel la'. Sebab bila keadaan sekeliling dah sejuk, makan pulak samyang sejuk rasa sedih betul macam nak menagis hahaa. Tapi rasa dia 'not bad' laa cuma sejuk. Bila dah sejuk kepedasan tu rasa bertingket tingket la pulak, tapi tak sepedas samyang merah yang 2 kali 'spicy' tu tau, yang tu pedas nak mati! Satu lagi, mee samyang tu lebih halus, so bila Fatin cuba buat panas, buat macam biasa, rasa mee samyang tu agak kering. Dah tak sedap sangat sebab rasa macam melekat lekat.
![]() |
| Pinjam jap gambar, sebab haritu punya terus masuk perut |
Haa, kalau samyang warna purple tu, tak ramai jugak yang tahu, samyang mala namanya. Dan samyang tu lagi gila sebab kepedasan dia 4 kali ganda. Memang tak akan cuiba lah mahu terburai isi perut, pecah habis hempedu, fuhh minta dijauhkan. Tapi samyang pink tu macam nak cuba lah. Cumanya tak pasti lah dah sampai dekat Malaysia ke belum.

