Samyang Ice Type (Biru)

00:24

Salam, hi.


Mesti ramai je yang dah cuba samyang ni kan. Dari ke paket hitam, kuning, merah, purple, biru dan yang paling terbaru sekarang, pink! Alahai nak sangat, tak ada ke yang nak sponsor, please! Bagi Fatin yang warna merah which is 2 kali spicy tu memang tak menahan. Sekali suap je zupppp berdesup rasa macam terbang sampai planet pluto. Tapi gigih jugakla habis kan. Yang paling feveret yang biasa jeala, packaging hitam tu.
Suatu hari nampak 'samyang challenge' dekat youtube samyang biru ni, samyang ice, terus rasa macam teringin gila nak cuba. Mula mula nak beli online, tapi harga macam lari bajet je, mahal sangat. Tak jumpa yang murah. Lepastu pergi lah jalan dekat pasaraya berdekatan, dan jumpa! Harga lagi murah dari online. Tak pandang kiri kanan dah terus sambar berlari lari anak ke kaunter nak bayar (propa je lebih). 3 minit juga la nak buat keputusan tu, lepas tu tak fikir panjang dah terus ambil bayar. Hasil perbincangan dengan adik beradik, sebulat suara masing masing nak kongsi beli sekali. Haa bagus, lagi jimat!

Tapi tak ada la gelojoh balik balik rumah terus masak, 2 3 hari lepastu baru rasa nak cuba. So sediakan semua bahan periuk belangga pinggan mangkuk. Siap! Apa yang uniknya samyang ice, lepas kita dah rebus dan toskan dia, kita haruslah rendam kan balik samyang tu dalam air sejuk/ ais ketul. Agak agak dah sejuk, angkat lah, setelkan perencah dia.

Jadi, bagi pendapat Fatin, Samyang Ice ni tak sesuai kalau nak makan waktu malam. Waktu tengah sejuk sejuk, sebab rasa tak 'feel la'. Sebab bila keadaan sekeliling dah sejuk, makan pulak samyang sejuk rasa sedih betul macam nak menagis hahaa. Tapi rasa dia 'not bad' laa cuma sejuk. Bila dah sejuk kepedasan tu rasa bertingket tingket la pulak, tapi tak sepedas samyang merah yang 2 kali 'spicy' tu tau, yang tu pedas nak mati! Satu lagi, mee samyang tu lebih halus, so bila Fatin cuba buat panas, buat macam biasa, rasa mee samyang tu agak kering. Dah tak sedap sangat sebab rasa macam melekat lekat.
Related image
Pinjam jap gambar, sebab haritu punya terus masuk perut
Haa, kalau samyang warna purple tu, tak ramai jugak yang tahu, samyang mala namanya. Dan samyang tu lagi gila sebab kepedasan dia 4 kali ganda. Memang tak akan cuiba lah mahu terburai isi perut, pecah habis hempedu, fuhh minta dijauhkan. Tapi samyang pink tu macam nak cuba lah. Cumanya tak pasti lah dah sampai dekat Malaysia ke belum. 

You Might Also Like

26 comments

  1. reading this at 2.52 in the morning... rip my tummy =')

    p/s:cravinggggggggggggg

    ReplyDelete
  2. Belum pernah cuba lagi yang ni hehehe.

    ReplyDelete
  3. Uish.. Banyak je is rupanya.. Tapi korea memang suka makan mee sejuk.. Kadang rileks je kuah dia buh ais.. Hehehe.. Kitalah rasa pelik kan.. Sesuai makan masa cuaca panas membahang nie..

    ReplyDelete
  4. ala...laparla pulak.tersinggah kat sini..

    ReplyDelete
  5. samyang 2x tu pedas gila hahaha yang ni tak pernah try lagi sebab macam banyak benda kena buat haha

    ReplyDelete
  6. Owh...samyang ice ni lgi halus ek....teringin nak try yg ice ni

    ReplyDelete
  7. la macam-macam pulak kaler dia ada eh? tak pernah jumpa lagi yang ni

    ReplyDelete
  8. Dah wujud warna biru pulak... Yg legend punya tu pun Hana tak pernah try lagi.Mama tak kasi... hahaha T_T

    ReplyDelete
  9. Belum pernah cuba try beli or rasa lagi.

    ReplyDelete
  10. Baru kak ana tau ada banyak warna. Selalu tau yg merah je. Nampak sgt x pernah makan. Hehe. Teringin tau tp takut pedas. Perut sensitif sejak kena gatsrik ni. Sedih kejap =(

    ReplyDelete
  11. tak pernah try yang ni. banyak banyak samyang yg ni je belum cuba, hehehe thank you fatin share psl ni :)

    ReplyDelete
  12. Uit warna biru pulak dah. Warna hitam pun try semulut je pinggan adik punya. Memang tak la nak try dah. Hehe

    ReplyDelete
  13. Tak pernah cuba lagi yang ni sebab rasa macam weird makan makanan sejuk selain ais krim. Lagi lagi sekarang tengah winter so rasa macam tak sesuai. Hehe :D

    ReplyDelete
  14. GV rasa pernah rasa paket merah kalau tak silap. Sangat pedas gila dan GV surrender nak makan mee korea ini. Cmner pun, tqtqtqtqtqtq so much kak sebab letak GV dalam blog list akak. Hihi. GV sangat sangat menghargainya. :D

    ReplyDelete
  15. wah ,,menarik laa samyang ice ni , ingatkan makan2 berangin je rasa rupanya lepas masak kena rendam dalam ais

    ReplyDelete
  16. Errr, banyak betul jenis ehhh?
    Ok, pelik bin benar...huahauaa

    ReplyDelete
  17. samyang hitam pun belum cuba lagi. haih

    ReplyDelete
  18. Selama ni makan yang hitam je, tak berani try yang double spicy tu but haritu beli jugak yang cheese sebab nak try, tapi tak buat2 lagi..

    ReplyDelete
  19. belum makan,tgk ja rasa mcm dah sakit perut sbb xthn pedas :(

    ReplyDelete
  20. nnti boleh try ni bila jumpa, Nabihah yang 2x spicy tu mmg xkan try la.. yang hitam biasa pom xtahan pedasnya, kalau tuang sos pon separuh je guna.. hahahaha.. xmampu tahan pedas..

    ReplyDelete
  21. Yang biru ni akak tak pernah cuba lagi. Yang spicy 2x tu memang tak berani cubalah. Nanti keluar asap ikut telinga dan hidung ;)

    ReplyDelete
  22. pedas tp sedap!

    jemput join giveaway sy jugak :)

    https://nurazianjaafar.blogspot.my/2017/12/giveaway-1-new-year-2018-by-cikyan.html

    ReplyDelete
  23. anak2 dah macam2 jenis samyang diaorang cuba termasuk yang biru nih.. tapi sekarang feveret yang 2x spicy tuh.. Eyda tak mampu langsung nak makan walaupun yang paling tak pedas..

    ReplyDelete

THE APPLE OF MY EYES