Salam, Hi,
Jodoh, pertemuan, ajal, maut, rezeki, semua ketentuan dariNya. Kita hanya mampu berusaha, tawakal, dan doa. Dan akhir sekali berserah. Jangan sedih kalau apa yang kita minta kita belum dapat. Sebab ALLAH lagi maha mengetahui. Kadang kadang kita rasa benda tu dah terbaik untuk kita, tapi ALLAH nak bagi sesuatu yang lagi baik dari apa yang kita minta. Positif dan yakin diri.
Jangan pernah rasa penat untuk meminta. Terus meminta dan meminta, ALLAH suka pada hambaNYA yag sentiasa meminta minta. Siapalah kita tanpa bantuan dariNYA. Bersabarlah untuk sesuatu. ALLAH maha mendengar, walaupun hanya terdetik di hati. ALLAH menjawab permintaan kita dengan 3 cara:
Yang petama : Ya, dan akan terus memberi apa yang kita minta kerana kita layak mendapatkannyaYang kedua : Tidak, tapi ALLAH mengantikan sesuatu hal yang lebih baik pada kita.Yang Ketiga : Ya, tapi belum pada masanya. Sehingga sampai saat yang kita benar benar sedia.
Bersangka baiklah denganNYA, ALLAH tak akan sesekali menduga hambaNYA dengan dugaan yang diluar kemampuan hambaNYA. Lihat orang yang lebih bawah dari kita, sebenarnya dugaan yang kita terima tak seteruk mana jika kita buka mata, buka hati untuk tengok orang yang jauh lebih kurang bernasib baik dari kita. Bersyukurlah dengan nikmat yang kita dah kecapi.
Jalan hidup setiap orang memang berbeza. Ada orang jalan hidupnya mudah, mungkin kerana kebaikan secara tidak langsung yang telah dia buat. Atau mungkin jugak kesenangan yang dicapai itulah ujian untuk dirinya. Dan adakala jalan hidup seseorang itu sukar, itu ujian untuk dirinya yang akan mengajar erti kehidupan yang lebih mencabar dan melatih dirinya untuk menjadi insan yang lebih kuat dan tabah.
Hidup dekat dunia ni hanya sementara, Kejar harta dunia jangan dilupa harta akhirat sana.
Waallahualam.