ALLAH Sentiasa Menjawab Doa Kita

12:51

Salam, Hi,



Jodoh, pertemuan, ajal, maut, rezeki, semua ketentuan dariNya. Kita hanya mampu berusaha, tawakal, dan doa. Dan akhir sekali berserah. Jangan sedih kalau apa yang kita minta kita belum dapat. Sebab ALLAH lagi maha mengetahui. Kadang kadang kita rasa benda tu dah terbaik untuk kita, tapi ALLAH nak bagi sesuatu yang lagi baik dari apa yang kita minta. Positif dan yakin diri.


Jangan pernah rasa penat untuk meminta. Terus meminta dan meminta, ALLAH suka pada hambaNYA yag sentiasa meminta minta. Siapalah kita tanpa bantuan dariNYA. Bersabarlah untuk sesuatu. ALLAH maha mendengar, walaupun hanya terdetik di hati. ALLAH menjawab permintaan kita dengan 3 cara:



Yang petama : Ya, dan akan terus memberi apa yang kita minta kerana kita layak mendapatkannya
Yang kedua : Tidak, tapi ALLAH mengantikan sesuatu hal yang lebih baik pada kita.
Yang Ketiga : Ya, tapi belum pada masanya. Sehingga sampai saat yang kita benar benar sedia.



Bersangka baiklah denganNYA, ALLAH tak akan sesekali menduga hambaNYA dengan dugaan yang diluar kemampuan hambaNYA. Lihat orang yang lebih bawah dari kita, sebenarnya dugaan yang kita terima tak seteruk mana jika kita buka mata, buka hati untuk tengok orang yang jauh lebih kurang bernasib baik dari kita. Bersyukurlah dengan nikmat yang kita dah kecapi.


Jalan hidup setiap orang memang berbeza. Ada orang jalan hidupnya mudah, mungkin kerana kebaikan secara tidak langsung yang telah dia buat. Atau mungkin jugak kesenangan yang dicapai itulah ujian untuk dirinya. Dan adakala jalan hidup seseorang itu sukar, itu ujian untuk dirinya yang akan mengajar erti kehidupan yang lebih mencabar dan melatih dirinya untuk menjadi insan yang lebih kuat dan tabah.


Hidup dekat dunia ni hanya sementara, Kejar harta dunia jangan dilupa harta akhirat sana.
Waallahualam. 

You Might Also Like

34 comments

  1. Menusuk qalbu sungguh... :') Kalau doa tu jangan lupa mention nama Hana skali.hahaha thanks for the advice kak Fatin ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya ALLAH yang. Semoga kita sama sama dipermudahkan segala urusan ^^

      Delete
  2. aah, setiap orang berbeza jalan hidup dia, yang penting, doa

    ReplyDelete
  3. saya dah follow sini. jom jemput singgah blog saya. salam perkenalan

    ReplyDelete
  4. doa tak apa expired date kan?
    thats why i dont stop praying hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, true! Takde expired sampai bila bilaa dear :')

      Delete
  5. Terkadang kita ni tak perasan apa yang kita mohon Allah dah pun makbulkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sebab kadang kadang kejar yang kita nampak jeaa.

      Delete
  6. Salam singgah dan follow :)

    Btw jom join GA saya,

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete
  7. wahh~ terima kasih atas nasihat, kak fatin..saling mengingat satu sama lain

    ReplyDelete
  8. thanks, sedikit sebanyak betul tu.Allah sentiasa ada utk kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome, betul, kadang kadang terlupa jugak kita.

      Delete
  9. kadang2 fikir, lebih baik Allah jawab doa kita katg akhirat nanti, sana kekal

    ReplyDelete
  10. Betul tu, Allah sentiasa ada untuk kita tapi kita ni gigih sangat kejar dunia sampai lupa Dia.

    ReplyDelete
  11. Nasihat yang sangat bagus kak Fatin. Kadang kita sebagai manusia terlupa dengan hal ini. A good reminder words kak Fatin. :)

    ReplyDelete
  12. Jangan berhenti berdoa, bertawakkal dan berserah kepadaNya..Dia tak pernah berpaling dari kita

    ReplyDelete
  13. Betul.. Cuma perlu mula berdoa disaat gembira juga, kerana seringkali kita mencari Dia hanya tatkala duka.

    ReplyDelete
  14. doa hendaklah disertakan dgn usaha. In Shaa Allah, permintaan kita itu akan ditunaikanNya.

    ReplyDelete
  15. InsyaAllah. Xkn putus doa. Thu DIA akn beri yg terbaik utk kita, kan 😊

    ReplyDelete
  16. Insyaallah semoga ianya seiring. Aamiin

    ReplyDelete
  17. Allah sentiasa dengar doa hamba2Nya cuma cepat atau lambat sebab semuanya tu yg terbaik utk kita. Yg penting jangan lupa utk terus berdoa.

    ReplyDelete
  18. Semoga dipermudahkan segala urusan kita untuk mendapat hidayahNya.

    ReplyDelete
  19. Asalamualaikum..balas kunjungan..terima kasih entri yang sejuk dibaca,,ingatan kepada sesiapa yang membaca..Subahanallah

    ReplyDelete
  20. ALLAH MAHA KAYA RAHMAN RAHIM...MOHON BNYK2 APA SAJA KPD-NYA

    ReplyDelete

THE APPLE OF MY EYES