Tips Memilih Sunblock

00:00

Salam, Hi
Image result for summer umbrella
Harini Fatin nak kongsi panduan memilih sunblock atau dalam bahasa melayunya krim pelindung matahari. Iklim panas macam kita dekat Malysia ni memang penting sangat untuk guna sunblock ni, sebab cahaya UV yang terus memanah pada kulit kita ni sangat bahaya dan akan mendatangkan kesan buruk dalam jangka masa yang panjang. Kalau dalam jangka masa yang pendek. Hmm burn! Sebab tu penggunaan sunblock ni penting untuk kita. Dulu diri sendiri pon sebenarnya tak pernah kisah pon, sekarang je nak up level sikit. Sebab taknak cepat nampak tuaa! ( alahai motif sangat)

Jadi, ambil tahu tentang SPF. Apa itu SPF? SPF adalah 'Sun Protection Factor'. Kesan sinaran matahari yang terus ke kulit kita akan menyebabkan kerosakan lapisan kulit, hal ini akan mendatangkan beberapa masalah seperti kulit berjerawat, berjeragat, dan cepat kendur ataupun kedut. Terdapat 3 nilai SPF pada dasarnya, iaitu SPF 15, SPF 30, SPF 50.

Setiap warna kulit kita sebenarnya  mempunyai daya ketahanan yang berbeza, disini terdapat anggaran ketahanan kulit untuk terdedah dibawah sinaran matahari:

  • Kulit putih mempunyai daya ketahanan selama 10 minit
  • Kulit kuning langsat selama 15 minit
  • Kulit gelap pula mampu bertahan sehingga 20minit. 

Jadi kesimpulannya dekat sini, semakin gelap kulit seseorang itu, semakin tinggi tahap ketahanannya kerana kandungan pigmen melanin nya yang lebih tinggi. Sebab tu kalau orang berkulit cerah cepat je terbakar dan kemerah merahan bila dekat bawah matahari.

Tapi nak diingatkan dalam memilih sunblock ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan, supaya kita lebih selesa dengan pemakaian sunblock tersebut.

Antara tips yang nak di kongsi:

1. Sapu 15-25 minit sebelum nak keluar
Hal ini untuk memberi kesan resapan yang sempurna ke dalam kulit.

2. Sapu setiap inci kulit yang terdedah
Sapu disetiap bahagian yang terdedah termasuk juga dibalik lipatan lipatan, hal ini dapat memberi pelindungan sepenuhnya.

3. Topup setiap 3 atau 4 jam.
Bukan topup kredit eh, topup sunblock tu, sebab sunblock hanya mampu bertahan sementara, bukan kekal sampai malam ye. Kalau ada iklan kata bertahan sampai malam haaa yang tu tipu, opss! Kalau yang jenis cepat berpeluh, lagi kerap lah kena sapu semula sunblock tu. (Sape pakai sunblock sampai malam, memang takde lah iklan centu kan)

4. Periksa tarikh luput
Ini penting, kerana jika sunblock tersebut dah berubah warna, tekstur, bau, dan sebagainya, ia tak akan memberi apa apa kesan lagi kepada kita. Malah takut memberi kesan negatif pulak dekat kulit kita. So just throw it or leave it.

5. Extra tips
Kalau untuk aktiviti renang, cari sunblock yang ada label 'water resistance' tapi jangan salah faham dekat sini, dia bukan water proof tau, hanya dapat melindung selama 40minit ke 80minit gitu je. Jadi macam biasa 'apply' semula bila dah terlalu lama terdedah

Dan panduan memilih sunblock mengikut jenis kulit ialah:

Kering : Cari yang bertekstur krim atau lotion
Berminyak : Cari yang gel dan pastikan oil free ataupun water based
Sensitif : Cari yang gel dan tiada pengawet serta bau.
Berbulu (rambut rambut halus) : Cari yang jenis gel atau spray
Untuk kulit gelap : Memadai dengan hanya SPF 15-30
Image result for sarafit uv skin aqua
Ni yang fatin guna, jenis kulit : berminyak (xkritikal)
Namun,sekadar peringatan, keperluan air dalam badan jugak tersangatlah penting. Jika aktiviti kita memaksa kita selalu terdedah pada sinaran matahari, banyakkanlah minum air putih untuk hidratkan kembali kuantiti air dalam tubuh badan kita.

You Might Also Like

18 comments

  1. Thanks for sharing kak Fatin!! ^^ Lepas ni bolehlah berkelah tengah2 hari buta hahah! ^^

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian
    wah baru tau warna kulit ada tahap2 masa bertahan dia

    ReplyDelete
  3. Good info fatin. Memang kena applu sun block utk elak kulit kita rosak. Kak ana selalu apply aloe gel je. Alhamdulillah so far ok je.

    ReplyDelete
  4. Orang kulit hitam lagi tahan panas ek

    ReplyDelete
  5. la ni panaih lit lit nk p bdang sapu sunblock dulu na

    ReplyDelete
  6. thank you sys untuk tips ni. sebab aina noob sikit bab-bab ni. hehehe

    ReplyDelete
  7. i used to avoid wearing sunblock sbb melekit. these days i tired wearing foundation yg ade spf. usually spf 50. its good enough

    ReplyDelete
  8. wah.. baru tahu ni.. tertarik dengan ketahanan tu. emm.. kak kulit gelap.

    ReplyDelete
  9. okay baru tahu ada jenis sunblock untuk setiap jenis kulit. Nanti kena cari yang betul2 ikut jenis kulit lah. thanks atin! :D

    ReplyDelete
  10. setuju sangat kat part tak nak nampak tua. umur 25 dah kena start jaga. Lagi satu, eye cream pun penting. ewah, pandai je bagi nasihat acah awet muda sangat

    ReplyDelete
  11. best la baca blog fatin. banyak info. kite teringin nak beli sunblock. tp selalu rasa mcm sunblock tu berminyak. and melekit. hahahah lgipun harganya agak mahal .

    ReplyDelete
  12. Memang tengah cari sunblock sekarang. Thanks for this tips ^^

    ReplyDelete
  13. Hai fatin. Cikyan melawat fatin.. Lama xlawat fatin..

    Thanks for sharing. Baru tau sunblock kne beli ikut kulit juga ye. Cikyan main beli je. Hahahaa

    ReplyDelete

THE APPLE OF MY EYES