Cara Terbaik Minum Teh Hijau

16:21

Salam, Hi
Entry sebelum ni Fatin ada cerita tentang manfaat yang boleh kita dapat dalam secawan teh hijau kan, kalini Fatin nak cerita tips sihat untuk minum teh hijau, atau lebih senang nak faham cara terbaik kita nak dapat semua khasiat melalui secawan teh hijau.

  • Jangan Minum Waktu Perut Kosong

Kafien dalam perut kosong boleh menyebabkan ganguan proses dalam perut kita. Oleh disebabkan itu sebaik baiknya isi terlebih dahulu perut kita. Nak lagi sedap boleh campur dengan madu takpun lemon. Dapat laa tambah perasa sikit dalam teh hijau tu

  • Elakkan Minum Teh Hijau Selepas Makan

Waktu terbaik konsum teh hijau, elok sesudah 30 ke 45 minit lepas makan . Kerana kalau terus minum lepas makan, proses penyerapan tu jadi lebih lambat dari biasa
Image result for teh hijau
  • Jangan Ambil Lewat Malam

Sebab nanti boleh kacau pulak waktu tidur kita, haaa kang stress pulak. Kan dah double tak elok. Waktu nak tidur tu minum susu cukuplah, tidur jadi lebih nyenyak kot. Give a try!

  • Jangan over limit

Menurut pakar, teh hijau boleh diambil dari 2 hingga ke 3 cawan sehari. Dan kalau boleh jangan lebih. Benda baik tak semestinya jadi baik jugak kalau dibuat secara berlebihan. Biar bersederhana.

Bole baca dekat sini kalau nak tahu lebih lanjut tentang khasiat teh hijau. Banyak sebenarnya khasiat yang kita sendiri tak tahu. 

You Might Also Like

14 comments

  1. Betul..benda baik..kalau tak kena cara...atau berlebihan lain juga jadinya...asal berpada-pada..sederhana ikut keperluan..insyaAllah baik kesannya...

    ReplyDelete
  2. oh selalu minum lepas makan..salah rupanya...hehe

    ReplyDelete
  3. saya memang biasa minum green tea tiap2 hari (2 cups per day) kecuali time period hehehe. nasib baik tak terlebih

    ReplyDelete
  4. betul setuju. imma vivid lover of greentea. hehe

    ReplyDelete
  5. Bagus amalkan minum teh hijau i.
    Banyak khasiatnya.

    ReplyDelete
  6. Baru kak ana tau ada cara nak minum teh hijau ni. Kak ana pernah rasa beberapa kali je teh hijau ni.

    ReplyDelete
  7. Super agreed! sebelum tidur better minum susu~Thanks for sharing kak Fatin <3

    ReplyDelete
  8. arituh ada ambik.. pastu hangat2 tahi ayam jela. hahaha

    ReplyDelete
  9. Tq for info fatin. Mama.ada ambil tea juga skrg ni mmg bagus tips ni

    ReplyDelete
  10. Kak Sue tak ingat pernah minum ke tak teh hijau, tapi kalau teh hijau yang campur susu letak ais tu pernah lah rasa.. Baru Kak Sue tau cara minum dengan betul..

    ReplyDelete
  11. ooo baru tau...igt kn boleh ambil anytime

    ReplyDelete
  12. sy takleh minum teh dah, tak tahan angin. maklumlah perut dah berumur... tapi memang byk kebaikannya kan. buang toksin tu yg suka tu

    ReplyDelete
  13. Tips yang sangat bagus kak Fatin. Teh hijau mmg banyak khasiat. Terbaik kak Fatin. :D

    ReplyDelete
  14. Baru tahu waktu terbaik minum, baru lah berkesan kan khasiat dr teh hijau tu..

    ReplyDelete

THE APPLE OF MY EYES