Random: Cerita Tempat Baru.

20:53

Salam, Hi
Fuhh lepas 3 hari tak update blog, rindunya rasa nak bercerita panjang panjang. Harini baru ada kesempatan nak update blog sebab dapat balik awal rini. Dua hari start kerja dah kena OT sampai malam baru sampai rumah. Bayang kan lah pergi balik kena hadap jam sampai sejam lebih baru nak sampai rumah. Haaa memang dah sampai rumah malam tu terlentang keletihan. 

Selain dari penat hadap jam tu, rasa macam susah je nak faham step step kerja dekat situ. Bila kita terpaksa masuk dalam bidang yang sebelum ni kita tak minat pon haaa rasa makin stress la. Rasa nak faham tu macam pending lama gila. Lepastu belum faham step pertama dah masuk step kedua ketiga. Tetiba terus  masuk step 10, haaa tak ke lama loading tu. Hahaa.
Related image
Sampai rasa give up dah laa taknak pergi kerja. Betapa lemahnya mental masa tu. Dalam kereta fikir nak bagi alasan je tak nak datang kerja dah esok esok dan selamanya. Tapi bila dah dapat semangat dari kawan kawan rasa terkawal la sikit emosi tu. Yeala, sebelum tu nak dapat kerja pon kemain susah. Dah dapat tak kan lah baru dua hari kerja dah nak menyerah.

Tapi Alhamdulillah masuk hari ketiga (harini) rasa much better. Makin faham step step kerja, makin boleh adapt situasi kerja. Staff pon baik sangat sangat, sangat peramah senang je nak get in, tak lokek kongsi ilmu. Semua staff anggap macam family je.  Rasa makin semangat laa sikit nak datang kerja tu (harap berterusan la semangat ni). Boss pon humble je, masa first datang kerja boss yang tegur dulu siap bawa tunjuk tempat duduk, sementara tunggu Miss yang in charge staff staff baru.

So masa untuk balas kunjugan semua. Terima kasih yang setia berkunjung dekat sini. Semangat nak blogging tak padam lagi cuma bila dah kepenatan tu apa pun dah tak nampak dah selain katil. Sambil drive balik pun fikir cepat sampai, cepat nak tidur, cepat nak baring je. Ni pon rasa pedih pedih mata dah. Sejak kerja ni, pukul 11 malam tu dah 'ghaib' laa. Hahaa.

Related image

You Might Also Like

12 comments

  1. Dah agak mesti farah penat mula2 bekerja. Patutlah senyap je blog 3 hari ni. Alhamdulillah semakin baik hari ke-4 ni ye. Semoga hari2 mendatang semakin baik. InsyaAllah lama2 ok lah tu. Enjoy ur work, take care and stay healthy.❤

    ReplyDelete
  2. sedih pulak baca story kak Fatin... Terus teringat nostalgia zaman skolah,balik rumah memang ingat katil je... tapi nak kena siapkan homework pulak! huhuhuh... T_T apa2 pun jangan give up tau! fighting! ^^ good luck untuk hari2 yg mendatang~

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan Fatin dari Kak Sue, semoga dipermudahkan semua urusan ya..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah mula kerja..bermula juga timba ilmu dan pengalaman dilapangan kerjaya pula...tahniah Fatin...seiring waktu insyaAllah Fatin baik-baik sahaja nanti ya...terus bersemangat.

    ReplyDelete
  5. i've been watching ur ig stories. geram x dpt nak comment kt story. the cats cute gileeeeee

    ReplyDelete
  6. no no no..dont give up yet.. keep trying... once dah tau everything... u will love it ^^

    ReplyDelete
  7. awal thn dh OT smp mlm ye...bertabah la

    ReplyDelete
  8. dont give up fatin , dah masuk alam pekrjaan memang kadang tue letih banyak keja sampaikan tak menang tangan nak dibuat

    ReplyDelete
  9. sabar jela kan sis. akak pon selalu rasa malas je nk kerja. give up..tp cepat2 pujuk hati. Allah letakkn kita dlm sesuatu keadaan, pasti ada hikmahnya. mgkin kita je yg tak nmpk !

    ReplyDelete
  10. Moga kuat selalu. Jangan give up cepat sangat tau :)

    ReplyDelete
  11. Chaiyokk kak Fatin. Sentiasa fikir positif dan apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kak Fatin kuat dan tabah. Terbaik kak Fatin. :)

    ReplyDelete

THE APPLE OF MY EYES