[REVIEW: HI-PLUS SUPPLEMENT TAMBAH TINGGI]
00:22
Salam, Hi,
Siapa yang belum tahu apa tu HI-PLUS boleh baca dekat previous entry Fatin. Tadaaaa Fatin nak kongsi sikit yang HI-PLUS Fatin dah sampai! Alhamdulillah rasa tak sabar nak cuba ni. Kalau nak cerita pon macam malu jugak kan, tapi biarlah, Fatin story jugak sikit eh, hahaa. Dulu sebenarnya memang Fatin dah pernah cuba ambil supplement tinggi ni, yeala bila dah rendah ni kan, rasa rendah diri betul. Kadang kadang rasa macam segan jugak. Yeala dah 26 tahun dah tapi orang still ingat budak habis sekolah. Tapi tak lah sedih sangat sebab kadang kadang rasa bangga jugak sebab dapat pujian awet muda. Kembang hidung rasa hahaa.Tapi ni sebenarnya salah satu ikhtiar jea, berkesan atau tak belakang citer kan. Janji kena ada usaha nak tingkatkan diri untuk tambah sedikit keyakinan.
Jadi lepas dapat barang je, malam tu terus bukak sebab well excited kan, rasa macam orang buat surprise je bila dapat parcel ni. Walhal dah tahu je barang apa ada dalam tu. Drama je lebih hehee. Masa buka tu malam sebab Fatin baru balik kerja kan, steady laa taknak nampak sangat gelojoh tu. Rileks, mandi mandi makan makan, masuk bilik senyap senyap terus buka parcel.
Apa yang bestnya HI-PLUS ni, dalam satu parcel macam macam tau dia bagi, nak tahu apa scroll perlahan lahan sampai bawah.
HI-PLUS ada dua supplement tau dalam satu kotak, iaitu HI-PLUS dan HI-MAX. HI-PLUS mengandungi Alfalfa, soya dan spirulina. Mesti ramai yang dah tahu apa kebaikan spirulina yang sememangnya penuh khasiat. Manakala HI-MAX pulak mempunyai kandungan seperti Goji Berry, Kismis, dan Madu. Kesemua bahan mempunyai kandungan vitamin yang tinggi dan mencukupi. Jadi HI-PLUS sememangnya sangat sesuai untuk diajdikan sebagai supplement tambahan bagi yang ingin menambah sedikit ketinggian.
Selain itu, HI-PLUS memberi panduan secara lebih terperinci melalui buku Rahsia Tambah Ketinggian. Haaaa kalau nak tahu kena beli lah satu sebab buku ni cakap rahsia kan? So, jadi rahsialah, Fatin tak boleh lah nak bocor apa detail dalam tu. Tapi kat dalam buku ni dia ada tulis dan terangkan beberapa senaman yang boleh membantu menambah ketinggian dengan lebih cepat. Supplement hanyalah sebagai makanan tambahan tau, nak berkesan kenala ada action. Jadi dalam buku ni ada macam macam jenis senaman ringkas dan mudah. Atas katil je kot senamannya, haaa senang bukan?
Apa yang bestnya lagi, Hi-PLUS akan bagi kita satu kad jaminan dimana ada tertulis tentang jaminan keberkesanan supplement HI-PLUS ni. Jadi mesti akan rasa lebih berkeyakinan untuk terus mengamalkan supplement ni kan.
Pamplet pon ada tau, dalam pamplet ni HI-PLUS senaraikan semua jenis vitamin yang diperlukan dan daripada vitamin itu dapat diperoleh melalui makanan, sayur sayuran dan buah buahan yang kadang kala ada dalam menu masakan atau menu makan kita seharian. Banyak jugak Fatin tak tahu, tapi dapat tahu dengan sekeping pamplet ni.
Fatin dapat jugak kad untuk checklist rutin harian. Haaa dekat sini kita boleh pantau laa pengambilan secara konsisten. Dah makan supplement untuk harini boleh la tanda yes! So, Fatin sendiri boleh disiplin diri tanpa skip makan supplement ni.
Terima kasih HI-PLUS, dalam satu harga boleh dapat macam macam. Barang yang dapat pulak memudahkan lagi cara pengambilan yang betul dan konsisten. Doa doakan Fatin yea, semoga berjaya dan paling penting bukanlah Hangat hangat tahi ayam. Dah rasa macam tengah buat karangan bahasa melayu pulak. Lengkap berperibahasa bagai. Padahal berterabur hahaa. Wish me luck!
15 comments
Semoga Fatin terus consistent dan mencapai impian yang dihajati..
ReplyDeleteKalau ada cita2 nak jadi model mesti try kan kak Fatin? hihih ^^
ReplyDeletePRODUK YG BAIK UTK KSHTN MSTI RAMAI YG CARI
ReplyDeletenaik 1 cm untuk 90 hari sounds good
ReplyDeletei love me already hahaha
ReplyDeleteWah Rasa confident bila Ada kad jaminan Tu. Good luck fatin
ReplyDeleteInsyaAllah Fatin...moga usaha membuahkan hasil..istiqhomah ye..
ReplyDeleteGood luck Fatin..
ReplyDeleteGV wish best luck kak Fatin. Chaiyokkk. :D
ReplyDeleteSemoga tercapai cita2 nak tinggi ya. Hati2 memilih produk taw. Baru tahu info2 mcm ni lepas baca apa awak share
ReplyDeleteHemm...saya rasa saya sudah cukup tinggi, tapi tetap perlu minum suplemen kesehatan. Semakin bertambah usia, semakin rapuh tulang manusia.
ReplyDeleteSemoga berjaya tinggi hehehe. Yang saya ni pulak kalau boleh taknak tinggi, takut tau orang duk tegur, eh makin tinggi hahaha.
ReplyDeleteSemoga bertambah tinggi. Nanti share progress dia yee. :)
ReplyDeletesemoga jd lbh tggi dr sy hahahaha...
ReplyDeleteoh ya, berapa lama boleh tahan utk 1 botol ni?
Nanti update la effects dia :)
ReplyDelete