Amalan Murahkan Rezeki
15:00
Salam, Hi,
Selain daripada doa usaha dan tawakal, terdapat jugak beberapa amalan yang boleh kita amalkan untuk menjamin rezeki yang sentiasa melimpah ruah. Jangan penat berusaha. Diri sendiri ni pon kadang kadang rasa putus asa. Tapi siapalah kita untuk berhenti dari meminta dariNYA.
- 1. Istighfar
Sentiasalah beristighfar dan bertaubat dari segala dosa yang telah kita lakukan. Sama ada dosa dosa kecil atau besar. Sentiasa insafkan diri dan berusaha untuk mengubah diri menjadi lebih baik
- 2. Bersedekah
Lebih banyak kita memberi, lebih banyaklah yang kita dapat. Rezeki yang kita ada sebenarnya rezeki hambanNYA yang lain jugak. Ingat kita tak sendiri dekat dunia ni, apa yang kita ada kita harus berkongsi antara satu sama lain.
- 3. Buat baik kepada kedua ibu dan bapa
Bertuah siapa yang masih memiliki kedua ibu bapa. Alhamdulillah. Reda ALLAH datang selepas keredaan ibu bapa. Jelas betapa pentingnya kedua ibu bapa kita. Mintalah mereka sentiasa doakan kita. Doa ibu adalah antara doa yang mustajab.
- 4. Solat awal waktu
Solat tiang agama. Kalau solat pon tak boleh nak jaga, macamana kita nak atur hidup kita sendiri. Peringatan untuk diri sendiri jugak yang seringkali lupa dan leka. Dan kalau perasan bila kita lewat lewatkan waktu solat, jadi malas kan? Tapi bila kita awalkan waktu kita solat, masa terasa panjang.
- 5. Baca surah Al Waqiah
Setiap ayat suci Al Quran masing masing mempunyai fadhilat yang tersendiri. Kebaikan yang akan kita dapat dengan mengamalkan surah Al Waqiah adalah kehidupan kita akan rasa lebih tenang, Menjadikan surah Al Waqiah sebagai rutin harian selepas solat , maka ALLAH menjauhkan kekafiran selamanya.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”.
- 6. Banyakkan selawat ke atas Nabi
Berselawatlah ke atas Nabi sebanyak 1000 kali sehari. Selain didunia, kita juga beroleh syafaatnya di akhirat.
- 7. Rajin berpuasa sunat
Selain untuk kesihatan, berpuasa jugak dapat menghindarkan diri kita dari melakukan maksiat. Kita mempunyai lebih waktu terluang dan boleh di isi dengan perkara yang lebih berfaedah dan bermanfaat.
Terdapat pelbagai amalan amalan lain yang dapat mendekatkan diri kita dengan ALLAH. Lebih banyak amalan kita kepadaNYA, lebih dekat diri kita dengan ALLAH. Hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang. Wallahualam.
19 comments
Banyak kan cara nak murah rezeki. Yg penting instiqomah. Dan istighfar cara yg paling mudah.
ReplyDeleteBetul, apa apa kena istaqomah. Baru ada hasil :)
DeleteInfo yang sangat bermanfaat.. thumbs up untuk entri ini! Haha ^^
ReplyDeleteTerima kasih hana syg :*
DeleteThanks for the sharing :)
ReplyDeleteMost welcome puteri :)
DeleteCara sudah ada...istiqhomah melaksanakannya...moga rezeki yang sempit menjadi luas..rezeki yang jauh menjadi dekat...amin...terima kasih perkongsian ni ya...
ReplyDeleteAminn. Sama sama kita keara kebaikan ^^
DeleteAlhamdulillah perkongsian yang berguna kepada sis..
ReplyDeleteSemoga sis terus istiqhomah..
Thanks for sharing Fatin..
Insya ALLAH. Thanks LZ :)
DeleteMost welcome.
Info yg berguna, thanks my dear... =)
ReplyDeleteMost welcome sweetie ^^
Deleterajin puasa sunat tu yang susah tu. puasa ganti pun tak habis lagi :P
ReplyDeleteHehee sama. Tak hbis lagi jugak :p
Deletezikir non stop dlm hati is the easier one,klu tu pon malas nk buat..tatau nk kata apa la kan.. huhuh
ReplyDeleteyup. tapi mmg betul, kdgg2 rasa malas tu ^^'
Deletekalau ikutkan semua senang je, tapi entah kenapa berat sangat kita nak buat...
ReplyDeletenak paksa hati tu laa yang susah.
DeleteBetul, antara doa yang mustajab :)
ReplyDelete