[REVIEW: Nixoderm VS Bio Essence Miracle Water]

01:02

Salam,Hi

Acelli badan dah rasa letih satu harini, dari pagi sampai petang keluar. Pagi ada majlis tunang kawan sekerja, petang pergi melawat kawan punya baby admit hospital. Dekat maghrib baru sampai rumah. Dah makin berumur ni cepat betul nak rasa letih, kahkah! Okay, bukan nak cerita 'hows your day today'. Im fine thank you. Stop that.

Berbalik pada topik, Nixoderm? Mungkin ada pernah dengar, ada yang tak pernah. Benda sekecik ibu jari ni betul betul powerlah untuk membunuh seketul jerawat yang datang tak diundang tu. Sebelum ni dah baca banyak review tentang Nixoderm ni, dan bila diri sendiri yang cuba, Alhamdulillah, rasa keberkesanan tu. Boleh cari dekat Guardian atau Watson sangat sangat murah, tak sampai sepoloh hinggit pon.

Nixoderm yang power!

Muka Fatin bukanlah jenis yang naik jerawat yang banyak banyak tu, naik selalu je seketul harini seketul bulan depan, seketul bulan depan sekali lagi haaa macam tu. Bila dah surut tinggal parut la pulak. Nak hilang parut Masya ALLAH hmm sedih, perlu kesabaran yang tinggi 6 juta tingkat!

Okay, bila Fatin cuba Nixoderm ni untuk pertama kali rasa macam tak berkesan sangat, so give up lerr. Biasalah, iman tak kuat. Then, naik lagi seketul, aduhh stress mak datuk. So nekad laa untuk konsisten. Hasilnya, jeng jenggg! parut dah kecut, cepat betul kering. Dalam masa 3/4 hari pulak tu. Bila cepat kecut ni, rasa lagi semangat laa nak hapuskan dia! 

Untuk bekas jerawat pulak, Fatin selalu praktik kan spray Bio Essence (botol putih tudung biru) tiap kali lepas cuci muka, sisa sisa air tuu biar dia kering sendiri tau, haa lepastu spray Bio Essence tu dekat muka. Alhamdulillah parut lagi cepat pudar. Serious tak tipu. Yang tu pon boleh dapatkan dekat Guardian atau Watson. Benda ni mahal sikit, selalu tunggu sale pastu beli combo kongsi dengan kawan kawan. Haaa yang tu jadi murah berganda. Jadi pengguna haruslah bijak berbelanja. Ceywah!


Love cik bioessence

Gais, benda citer dia kena rajin jeala, baru dapat hasil terbaik. Satu tips lagi nak jerawat cepat pudar, kita kena amalkan pakai sunscreen bila keluar waktu siang. Atau kalau jenis rajin, buat scrub sendiri. Guna soda bikarbonat tu campur dengan lemon. Tapi jangan buat selalu, maksima 2 kali seminggu je. Buat hari hari bukan parut je tertanggal, kulit kulit korang pon tertanggal sekali kot. Haaa sorry tak tanggung!

Ni antara yang Fatin pernah terbaca lah. Alhamdulillah, guna secara konsisten benda tu, baru nampak hasil tu lebih cepat sikit. Fatin share apa yang Fatin rasa terbaik, mungkin setiap orang lain lain jenis kulit. Tapi untuk sape sape yang ada masalah kulit macam Fatin boleh try amalkan. 

Review ikhlas tanpa berbayar yea, Fatin share apa yang Fatin rasa bagus. Benda baik, kita patot kongsi kan. Nak muka sebelum dan selepas ke? Okayy, nanti nanti, next post. Ehemm, bajet bajet laa pulak hahaa. Selamat malam ^^



You Might Also Like

19 comments

  1. Assalamualaikum Fatin..

    Good tips.. Saya suka sangat bab-bab hilangkan jerawat dan parut. Kalau nak result bagus kena consistent, sabar sikit kannn.. Baru nampak hasilnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sokong sangat, kena konsisten and rajin, baru good result. Klau tak, kemana laa sebab taknak usaha.

      Delete
  2. Thanks for sharing! <3 Keep on blogging tau! ^^

    ReplyDelete
  3. i really love the miracle bio water

    ReplyDelete
  4. Akak guna juga soda bikarbonat ngan lemon tu. tapi tak boleh selalu. Salam kenal..

    ReplyDelete
  5. nice info to share kak Fatin. Done follow blog akak. Hihi. Terbaik kak. :D

    ReplyDelete
  6. Memandangkan sis belum post any new entry,so Hana menyampuk sekali lgi kat sini *harap tk menyemak.Hohoho.

    Tahniah kak Fatin sebab berjaya menyenaraikan diri dalam blog list Hana.(Kalau confuse why,sila refer latest entry Hana) ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee tak rasa menyemak pon. Lagi suka ada lah. Tima kasih hana. Terharu tauu :')

      Delete
  7. pernah guna nixoderm dulu..bila sapu ada rasa gatal² sikit tapi jerawat cepat kecut..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, gatal gatal and pedih sikitt. Tapi puas hati laa

      Delete
  8. first time ana dgr noxoderm ni. maklumlah dah masuk 30an ni dah kurang naik jerawat nya. tp kalau masa muda2 dulu memang byk lah juga, tp dulu guna oxy je. tu je pun yg feme masa tu kesan jerawat guna vit E yg pekat tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde masalah kulit dah bestlaa. Tak pening fikir guna ap yg berkesan. Hehee

      Delete
  9. Mcm best ja... balas kunjungan jugak..hihihi

    ReplyDelete

THE APPLE OF MY EYES