[REVIEW: PINJAMKAN HATI KU]

20:42




Salam, Hi.


Serious, ini kali pertama Fatin nak review cerita melayu, dan selama ini tak pernah rasa teringin nak tengok filem melayu kita dekat panggung wayang. Hahaa ini bukan 'racist' tapi tak minat. Sebab selalunya cerita melayu kejap jea akan main dekat televisyen, nak nak lagi bila hari raya. Betul tak?

 Okay berbalik pada 'review' cerita nie. Pinjamkan hatiku merupaka sebuah filem Osman Ali, siapa yang tak kenal kan, filem beliau semua 'best best' belaka. Tapi untuk filem ni Fatin bagi 5 bintang! Separuh cerita dah mula babak sedih, air mata ni mengalir laju je sampai habis cerita.  

Cerita mengisahkan Laila Manja yang dilakonkan oleh Ayda Jebat, seorang penulis novel yang berbakat yang pada suatu hari Laila pulang ke kampung halaman untuk bercuti untuk berjumpa nenek serta sahabat sahabat lama beliau. Dari situ bermulanya cerita apabila Laila Manja bertemu dengan Naufal yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam. Dua watak yang dimainkan dalam cerita ini tersangatlah terkesan dan memberi makna yang sangat mendalam. Jalan cerita yang berlainan dan tak disangka sangka. Dan yang paling best 'view' dari cerita ni semua cantik cantik weh. Sangat sangat cantik!

Tapi memang tabikla Shahiezy Sam sebab dia betul betul ambil risiko untuk betul betul jayakan watak Naufal sebagai seorang pesakit kanser paru paru. Nampak real betul macam seorang pesakit yang hanya menghitung hari. Tapi pergi tengok okay, baru tahu dia betul mati atau tak. Jeng jengg!

Haaa, kalau nak cerita sampai habis, tak adil lah. Fatin syorkan tengok sendiri eh dekat panggung wayang berdekatan anda. Pastikan bawa tisu ya, pesanan ikhlas dari pihak penaja. Eh! Hahahaa. 

Terngiang ngiang la lirik nie,

 ' Matamu bersinar bagai pelangi, inginku lukis wajahmu buat peneman diri, izinkan aku pinjam hatimu, agar dapatku rasa, bagaimanakah cinta.''









You Might Also Like

8 comments

  1. Baca sinopsis pon macam best je.
    CF singgah sini dah follow ye #25

    ReplyDelete
  2. tkot nak tgk..sebab sedih.. my heart cant accept sad love story.. huhuhuh ! followed back

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedihh. satu panggung keluar mata merah je. tapi best. Thanks Atiey :)

      Delete
  3. Replies
    1. Hehee, kite pon alang alang takde keje jeaa

      Delete
  4. GV tgk kt fb kata ramai siap nangis tgk cite ni. Rasanya dah box office dah cite ini. Terbaik kak. :D

    ReplyDelete
  5. sy dah tgk. not bad laaa.. best jugak !

    ReplyDelete