RANDOM: Alhamdulillah! Rezeki Tahun Baru

13:05

Salam, Hi
Nampak perubahan tak dekat blog ni, alahaii kenapa tetiba template ada masalah. Ada banyak widget yang tiba tiba tak muncul. Rasa macam tak ada edit apa sangat pon coding pon tak kacau. Jadi terpaksa la tukar template lain lagi. Harap template ni okay laa dan bertahan lama sikit. Penat jugak main coding sampai tak sempat nak blogwalking bagai. Harini sempat la, kejap lagi Fatin terjah semua yang dah sudi drop komen, terima kasih tau.

Entry ni santai santai je, by the way, Fatin nak kongsi berita gembira sikit harini. Alhamdulillah, selasa lepas kan Fatin ada temuduga, kelmarin (jumaat) dapat panggilan diterima berkerja mulai 2 haribulan 1 2018 ni. Ya Allah rasa hati tu memang gembira sangat sangat. Rasa macam nak menagis, macam nak peluk cium je orang yang call panggil masuk kerja tu hahaa.
Image result for happy girl
Tempoh 2 bulan menggangur tu bukan kejap untuk insan yang mempunyai tunggakan PTPTN ni sob sobb (nagis sikit). Sebab dah dua bulan jugak laa tertangguh nak bayar. Simpanan ada tapi Fatin sendiri dah decide selagi tak dapat kerja mana mana, jangan sentuh duit tu, duit tu lebih kepada untuk kecemasan dan belanja family sikit sikit. Sebelum ni Fatin berkerja juga, tapi atas beberapa faktor Fatin berhenti. 

Alhamdulillah, setahun pengalaman tempat kerja lama dapat gain sikit kepercayaan majikan nak ambil kita berkerja. Zaman sekarang majikan dah tak tengok pon tinggi mana kita belajar. Belajar laa sampai master, phd jadi dokter falsafah sekalipun, kalau tak ada pengalaman sangat sangat susah nak bersaing (kecuali pakai orang dalam ehh). Sebab tu habis je belajar kerja la apa sekalipun untuk pengalaman. Ilmu tinggi tapi pengalaman zero ibarat macam pen jenama mahal tapi dakwat tak ada tak boleh pakai. Orang yang pandang nampak kita tinggi, tapi sebenarnya kita ni kosong je. Eh ada kena mengena ke? Hahaa. 

Tapi bukanlan tak penting ilmu pengetahuan tu, sangat penting. Kita sememangnya dituntut untuk menuntut ilmu hingga ke negeri China, hingga ke liang lahad sekali pun. Tetapi apa apapun semuanya berbalik pada rezeki ALLAH. Kadang kadang kuat berusaha tapi kalau bukan rezeki lagi, kita tetap kena terus berusaha. Jangan putus asa. Fatin sendiri rasa give up, nak mengalah, menagis tak payah tanya la. Ye la kita bukan muda lagi, penat tau nak kejar semua yang tak tercapai lagi dalam hidup ni. Ingat, ALLAH tak pernah sulitkan kita, ALLAH ajar kita untuk terus kuat. 
Related image
Terima kasih untuk yang bagi semangat dekat Fatin ritu, dan terima kasih sebab ada juga yang sudi doakan Fatin. Alhamdulillah permulaan tahun 2018 yang sangat happy. Bagi yang masih mencari cari, dan nak tahu tips untuk temuduga yang lebih berkesan (ada penambahan beberapa info) baca dekat sini, Panduan Temuduga. Semoga dapat memberi sedikit inspirasi, dan jangan pernah sesekali mengalah. Mungkin gagal kali pertama, kedua dan ketiga, kali keempat? Mungkin dekat situ baru kita akan bermula.

You Might Also Like

23 comments

  1. Alhamdulillah!!! I'm so happy for you <3 Yeah! Good Luck untuk peringkat yg seterusnya! Kak Fatin boleh! ^^ Fighting!!! :D *kite pulak yg terleih semangat... hohohoh

    ReplyDelete
  2. Tahniah.
    Semoga tahun baru 2018 lebih memberikan sinar

    ReplyDelete
  3. Syukur...tahniah Fatin..langkah baru...pengalaman baru..lembaran baru...kerja elok-elok ya..bissmillah..lillahitaala..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. tahniah fatin. selamat bekerja nanti 2hb ( saja nak wish awal)

    ReplyDelete
  5. Cantik je template ni.. semoga murah rezeki fatin.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Permulaan yang baik untuk 2018. Semoga fatin lebih sukses. Gambate!

    ReplyDelete
  7. All the best for your new job! :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Tahniah fatin. Selamat menempuh alam pekerjaaan. Semoga semua dipermudahkan. Boleh open table nanti ni. Hehe. Just kidding.

    ReplyDelete
  9. hi. ur're one of the 10 lucky choosen blogger to be in my special blog list until the end of feb.

    ReplyDelete
  10. Wahhhh selamat ya kak fatin... Semoga lancar pekerjaannya >_< template blognya bagus kok...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, tahniah Fatin. Rezeki tahun baru 2018

    ReplyDelete
  12. tahniah kak fatin! :D btw, cantik template baru ni :))

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillahhh... Tahniah Fatin! Mukaddimah 2018 yang cantik! Moga terus sukses dear! <3

    ReplyDelete
  14. salam akak singgah sini fatin. masalah blog fatin macam blog akk jugak.. widget hilang tak muncul.. eh ke situ pulak hii

    wish you best of luck in your career soon..what a happy news for the upcoming year 2018.. all the best ya dik..

    ReplyDelete
  15. Mama suka the new look. Clean Dan cantik Sgt. Semoga fatin dipermudahkan Dalam urus an keejaya ye

    ReplyDelete
  16. Tahniah dapat kerja baru, selamat tahun baru :)

    ReplyDelete
  17. TAHNIAH FATIN ALHAMDULILLA REZKI 2018 TERSURAT SUDAH

    ReplyDelete
  18. dah nak masuk tahun 2018 , ramai yang dah nak tukar template , termasuk ccl , blog bakal berwajah baru 1/1/18 insyaAllah . selaamt tahun baru 2018 fatin

    ReplyDelete
  19. Tahniah kak Fatin. Mulakan tahun 2018 dengan kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Chaiyokkkkk.:D

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah tahniah!! selamat mengharungi liku2 di tempat kerja baru....

    ReplyDelete

THE APPLE OF MY EYES