Cara Jana Pendapatan Melalui Side Income.

10:47

Salam, Hi,

Image result for side income


Zaman ekonomi yang sedang gawat sekarang, rata rata pada kita mengalami masalah kewangan kan?  Tak kira lah bujang ataupun yang dah berkeluarga. Lagi besar taraf kehidupan seseorang tu, lagi besar lah periuk nasinya. Dekat sini Fatin nak kongsi 5 cara yang boleh mendatangkan duit walaupun kita sedang sibuk berkerja.

Pertama

  • Buat website/ blog

Klau perasaan dah terlalu banyak website atau blog yang makin hari makin naik rating pembacaannya. Menarik sesebuah website/blog makin cepatlah dapat menarik minat pembaca untuk singgah di website/ blog kita. Bagaimana nak dapat duit daripadanya? Dengan memasukkan iklan dari syarikat syarikat yang berdaftar. So lagi ramai pembaca lagi tinggi laa boleh dapat. Dan lagi ramai pembaca sesebuah website/blog mungkin anda bakal disunting untuk membuat 'review produk/servis'. Dari situ kita boleh memperoleh 'upah' dari pihak yang terbabit.

Kedua

  • Buat video Youtube

Haaa ramai je kan sekarang dah jadi kaya hanya dengan muat naik video dekat youtube tu. Ada bakat sikit sikit pon okay. Buat laa sketsa ke parody ke tutorial make up ke ikut kreativiti masing masing. Haaa lepastu upload dekat youtube. Ramai yang tengok makin banyaklah boleh dapat income dari situ. Tapi jangan lah video video yang memalukan diri sendiri pulak hm hmm.

Ketiga

  • Tampal iklan dekat kereta

Haaa yang ni pun first time dengar, tak sangka selama ni tengok je kereta bertampal macam macam dekat jalan raya tu. Ingatkan suka suka jeaa, hahaa. Rupanya dari situ boleh buat side income yang tak semua orang tahu. Sebulan beratus jugak boleh dapat. Baca dekat sini Buat Duit Lebih .

Image result for tampal iklan di kereta
Bukan yang macam ni argh!
Keempat

  • Aplikasi menghasilkan duit.

Ini pun antara salah satu cara yang boleh jana pendapatan. Mudah. Anda boleh akses melaui smatrfone jeaa. Boleh dapat melalui aplikasi Playstore atau Itunes ataupun Android. Antara contoh aplikasinya ialah Foam atau Clashot dimana kita jual gambar yang kita ambil dengan harga diantara rm3-rm3xx. Clashot dengan moto mereka Shoot, publish and sell your photos instantly. Seterusnya melalui aplikasi WHAFF, WHAFF menawarkan hadiah dalam bentuk duit/wang untuk 3 perkara: Install, main dan simpan. Apa yang kita perlu lakukan adalah mencuba setiap aplikasi yang ditawarkan oleh mereka. 

Kelima

  • Join 'dropship'

Cara ni yang paling familiar sekali kan. Dimana hanya mengeluarkan modal yang rendah. Setengah daripadanya hanya dengan zero modal. Rata rata satu barang yang berjaya dijual secara minima boleh menerima keuntungan sebanyak RM5 malah ada yang boleh mencecah sehingga RM40 ke RM50 satu barang. Bergantung pada jenis produk yang dipasarkan. Dan kebiasaannya produk produk viral yang menjadi buruan para pengguna. Dari situ kita sendiri akan menerima beberapa tip basic marketing secara percuma dan hanya perlu 'share share dan share'. Lagi rajin kita buat, lagi banyak laa yang kita boleh dapat.

Keenam

  • Grab Car/ Uber

Cara yang dah kebanyaakan dipraktik sekarang. Hanya dengan mendaftar dan mendapat kelulusan dari pihak berwajib anda dapat memulakan 'part time' anda sebagai seorang pemandu Grab Car/ Uber.  Tapi masih ada syarat syarat dan beberapa peraturan yang perlu dipenuhi. Cara ni lebih sesuai pada individu bujang atau individu yang tidak mempunyai tanggungjawab lain selepas waktu berkerja.

Rezeki itu dimana mana. Memperoleh kesihatan yang baik jugak merupakan salah satu rezeki yang tak pernah kita sedar. Dengan usaha je kita boleh berjaya, tanpa usaha kita tak kemana. Nasihat positif untuk diri sendiri.

Image result for side income

You Might Also Like

15 comments

  1. Thanks for sharing kak Fatin.^^ nice tips.Btw nak terkeluar jantung Hana tengok iklan kat kereta tu.hahaha

    ReplyDelete
  2. Wowww... good info kak Fatin. GV pernah fikir nak tampal sticker promote blog sendiri kat kete. tapi belum buat lagi. GV baru tahu yang iklan kat kete tu leh jadi side income. Sama juga dengan aplikasi WHAFF tu. Sangat menarik kak Fatin. Terbaik info kak Fatin. :D

    ReplyDelete
  3. lovee to make a youtube videos but !
    arghhhhh life is not fair!
    because i have no talent for editing! LOL

    ReplyDelete
  4. zaman sekarang ni kita kena buat lebih daripada satu kerja.
    info yang sangat berguna.

    ReplyDelete
  5. memang byk cara tp x sempat buat je. TQ sbb sudi letak link abam kie di blog list. I have returned your favour too...

    ReplyDelete
  6. Yg kedua, tiga dgn empat je xpnh wat lg. Huhu
    Btw, fatin, yaya mai singgh n dah follow awk tau 😘

    ReplyDelete
  7. Thank you for sharing kak fatin^^ kena try salah satu niii

    ReplyDelete
  8. kalo saya masih belajar dg blog.. baru semingguan..^^

    ReplyDelete
  9. Interesting. Tak pernah tahu pasal few stuff mentioned here. Thanks for sharing :D

    ReplyDelete
  10. Sekarang ni tak boleh nak tumpu 1 kerja je. Nampak cam tamak tapi realitinya memang tak cukup

    ReplyDelete
  11. nice tips! join dropship tu sha pernah buat :)

    ReplyDelete
  12. 1,5, and 6 dah buat..memang confirm dapat punya.
    Cuma buat video tu pernah tapi kejap sangat buat...ahahahah
    Thanks infoo

    ReplyDelete
  13. CCL cari side income melalui blog dan juga dropship . Maklum lah zaman sekarang ni kalau nak harapkan gaji dan simpanan lagi memang tak cukup .at least kalau ada side income ni tak la beban sangat

    ReplyDelete
  14. Memang kena jugak buat side income nak pulak nak masuk 2018 yg semakin mencabar ni. Saya pulak open dropship siapa nak join boleh singgah ye😁. Sorry tuan blog ter iklan. Tq jugak sharing good tips

    ReplyDelete

THE APPLE OF MY EYES