Salam, Hi
Nampak perubahan tak dekat blog ni, alahaii kenapa tetiba template ada masalah. Ada banyak widget yang tiba tiba tak muncul. Rasa macam tak ada edit apa sangat pon coding pon tak kacau. Jadi terpaksa la tukar template lain lagi. Harap template ni okay laa dan bertahan lama sikit. Penat jugak main coding sampai tak sempat nak blogwalking bagai. Harini sempat la, kejap lagi Fatin terjah semua yang dah sudi drop komen, terima kasih tau.
Entry ni santai santai je, by the way, Fatin nak kongsi berita gembira sikit harini. Alhamdulillah, selasa lepas kan Fatin ada temuduga, kelmarin (jumaat) dapat panggilan diterima berkerja mulai 2 haribulan 1 2018 ni. Ya Allah rasa hati tu memang gembira sangat sangat. Rasa macam nak menagis, macam nak peluk cium je orang yang call panggil masuk kerja tu hahaa.
Tempoh 2 bulan menggangur tu bukan kejap untuk insan yang mempunyai tunggakan PTPTN ni sob sobb (nagis sikit). Sebab dah dua bulan jugak laa tertangguh nak bayar. Simpanan ada tapi Fatin sendiri dah decide selagi tak dapat kerja mana mana, jangan sentuh duit tu, duit tu lebih kepada untuk kecemasan dan belanja family sikit sikit. Sebelum ni Fatin berkerja juga, tapi atas beberapa faktor Fatin berhenti.
Alhamdulillah, setahun pengalaman tempat kerja lama dapat gain sikit kepercayaan majikan nak ambil kita berkerja. Zaman sekarang majikan dah tak tengok pon tinggi mana kita belajar. Belajar laa sampai master, phd jadi dokter falsafah sekalipun, kalau tak ada pengalaman sangat sangat susah nak bersaing (kecuali pakai orang dalam ehh). Sebab tu habis je belajar kerja la apa sekalipun untuk pengalaman. Ilmu tinggi tapi pengalaman zero ibarat macam pen jenama mahal tapi dakwat tak ada tak boleh pakai. Orang yang pandang nampak kita tinggi, tapi sebenarnya kita ni kosong je. Eh ada kena mengena ke? Hahaa.
Tapi bukanlan tak penting ilmu pengetahuan tu, sangat penting. Kita sememangnya dituntut untuk menuntut ilmu hingga ke negeri China, hingga ke liang lahad sekali pun. Tetapi apa apapun semuanya berbalik pada rezeki ALLAH. Kadang kadang kuat berusaha tapi kalau bukan rezeki lagi, kita tetap kena terus berusaha. Jangan putus asa. Fatin sendiri rasa give up, nak mengalah, menagis tak payah tanya la. Ye la kita bukan muda lagi, penat tau nak kejar semua yang tak tercapai lagi dalam hidup ni. Ingat, ALLAH tak pernah sulitkan kita, ALLAH ajar kita untuk terus kuat.
Terima kasih untuk yang bagi semangat dekat Fatin ritu, dan terima kasih sebab ada juga yang sudi doakan Fatin. Alhamdulillah permulaan tahun 2018 yang sangat happy. Bagi yang masih mencari cari, dan nak tahu tips untuk temuduga yang lebih berkesan (ada penambahan beberapa info) baca dekat sini, Panduan Temuduga. Semoga dapat memberi sedikit inspirasi, dan jangan pernah sesekali mengalah. Mungkin gagal kali pertama, kedua dan ketiga, kali keempat? Mungkin dekat situ baru kita akan bermula.