Permainan Tradisional Kanak Kanak Legend

12:07

Salam, Hi.

Haaa, budak budak sekarang pandai ke main permainan tradisonal macam zaman kami kanak kanak dulu. Kalau zaman dulu kami tak ada lambakan gajet macam sekarang. Jadi ni la permainan yang 'legend' untuk kami. Sayang kan, permainan permainan ni dah tak dipraktikan sekarang, mungkin ada tapi dah tak ramai laa rasanya. Tapi ni laa permainan paling famous kami dulu, dapat tengok bebudak main zaman sekarang, rasa macam nak join sekaki.

  • Congkak

Permainan ini memerlukan dua orang pemain. Alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak (guli/biji getah). Tapi dulu kalau susah nak cari papan congkak, korek je tanah, buat lubang lubang atas tanah tu. Lepastu cari biji getah. Tapi sekarang dah susah je nak dapat biji getah tu kan. Papan congkak ada 14 lubang  yang dipanggil kampung, hujung papan congkak ada lubang yang lebih besar tu dipanggil rumah. Siapa yang dapat simpan buah paling banyak, haa dia la pemenangnya. Bila bilangan buah tak cukup 7 biji untuk permainan seterusnya, haa kampung dia dah terbakar!
Mana nak jumpa biji getah macam ni lagi.

  • Penutup botol

Permainan ni memang Fatin tak suka sekali hahaa, sebab tak pernahnya pandai pandai main. Kalau main gerenti kalah laa citernya. jentik jentik dan kumpul mata. Kenapa tak suka? Sebab tak pandai jentik, asyik berlanggar je.

  • Gasing

Haa permainan ni terkenal la kalau untuk budak lelaki. Gasing kanak kanak ini terbahagi kepada dua, iaitu gasing melayu dan gasing cina. Permainan ini dimeriakan lagi melalui perlawanan antara pasukan di peringkat kampung daerah dan negeri.

  • Batu seremban

Kalau dekat tempat Fatin guna 7 batu, tapi ada tempat hanya guna 5 batu kan. Tak tahu la betul ke tak sebab dulu pernah jumpa sepupu sepapat diaorang la ajar main guna 5 batu je. Permainan ni ditentukan pemenang melalui jumlah timbang yang paling banyak.

  • Rebut tiang

Permainan ni bukan main dekat rumah je, rasanya permainan ni paling best main waktu rehat dekat sekolah. Ingat lagi masa sekolah rendah, usaha lah makan laju laju sebab nak habiskan masa rehat dengan main rebut tiang. Siapa yang lambat sampai, haa jadi hantu la dia. Bila kena jadi tu laa paling tak seronok sekali. Susah kot nak rebut balik tiang tu!

  • Galah panjang

Yang ini memang permainan yang paling Fatin suka! Serious kalau main game ini rasa tak puas. Kalau boleh hari hari nak main galah panjang. Hahaa punya lah obses dengan pemainan ni dulu. Yeala badan kecik, so senang nak lepas semua halangan. Memang berpeluh peluh, bagus la untuk badan sihat.

Related image
Upin ipin pandai main galah panjang rupanya.

  • Teng teng

Lukis sebanyak 9 kotak (atau lebih) dekat atas permukaan tanah, lepastu guna batu sebagai penanda. Kunci permainan ni adalah keseimbangan badan. Pandai kita imbang badan , lagi lambat laa kita nak mati (kalah). Permainan ni 'favourite; jugak!

  • Sorok sorok.

Hahaa permainan yang paling terkenal la rasanya. Sorang tukang mencari dan yang lain lari selamatkan diri dengan bersembunyi.Tapi ingat lagi waktu dulu dulu, orang tua tua selalu marah kalau main permainan ni lewat petang. Tok selalu jerit 'Haa main laa sorok sorok tu waktu macam ni, nanti hilang terus tak jumpa terus'. Terus kecut perut tak main dah. Dari kecik sampai besar penakut hehee.

Ada banyak lagi sebenarnya, tapi ni antara yang paling digemari budak budak zaman 80an 90an dulu. Dapat main ni, memang tak sedarlah masa berjalan. Dia punya keseronokan tu memang luar biasa. Tahu tahu je dah senja. Rindu zaman kanak kanak dulu, bebas bermain tanpa memikirkan masalah langsung. Masalah yang ada dulu macam mana nak minta belikan permainan baru kalau dekat pasar malam, haaa itu jeala yang selalu jadi masalahnya.

You Might Also Like

12 comments

  1. Semua permainan tu akak dah pernah main. Memang seronok sangat.

    ReplyDelete
  2. Hana cuma tau yg last tu je... bukan kanak2 lagend kot..
    hmm T_T

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah , CCL sempat merasa semua permainan ni , pemainan yang lagend sangat , bebudak sekarang mana kenal dengan permainan ni ,

    ReplyDelete
  4. Semua tu ciktie pernah main.. seronok sangat! Tapi budak-budak sekarang ni asyik main gajet je

    ReplyDelete
  5. Kebanyakkannya dah tinggal sejarah aje.

    ReplyDelete
  6. yaAllah seronoknya mengimbau balik kenangan. semua ni kita pernah main and takpernah bosan pun. rindu sesangattt

    ReplyDelete
  7. Rebut tiang paling best.. Sebab main kat sekolah..hehehe..

    ReplyDelete
  8. Rindunyaaaaa nak main hampir semua permainan ni :D

    ReplyDelete
  9. Semua permainan di atas GV pernah main. Rindu zaman kanak2x. Huhu. :(

    ReplyDelete
  10. dulu kalau main sorok waktu petang kan..takot sbb org ckp ada hantu yg akan sorok kita skali tu.. apa eh nama hantu tu? lupa plak

    ReplyDelete
  11. semua tu pernah main, tu tak kira panjat pokok, main pondok2, masak2 macam2 lagi laa..

    ReplyDelete
  12. semua permainan tu best. dulu main smpai tak ingat dunia, sedar2 hari dah mlm. haha

    ReplyDelete

THE APPLE OF MY EYES