Persedian Untuk Temuduga

01:22

Salam, Hi
Alang alang dalam mood untuk ditemuduga esok, Fatin nak share beberapa panduan untuk graduan yang bakal menghadiri temuduga. Sebenarnya esok Fatin ada temuduga, tapi nervous tu tak datang lagi, sebab tu sempat je lagi nak update entry. Esok nak masuk bilik temuduga haaa baru laa nak menggigil-gigil, hahaa apa apa pun doakan urusan Fatin esok dipermudahkan yea. Semoga ada rezeki untuk cuba tempat baru.

Related image
Jadi antara tips penting yang sempat Fatin highlight kan untuk menghadiri temuduga adalah:


  • Berpakaian kemas dan bersesuaian.

Business formal : Contohnya untuk menjadi peguam
Business casual : Pakaian smart kasual seperti kemeja untuk lelaki, baju kurung/ kemeja untuk perempuan. 
Pastikan pakai kasut bertutup berwarna gelap setinggi 1-1.5 inci. Mekaplah bagi nampak menarik sikit, tapi jangan lah melebih lebih, sekurang kurangnya tak nampak pucat.


  • Datang awal 30 minit.

Ini bagi mengelakkan lewat sampai ke tempat temuduga tersebut. Hal ini kerana mungkin lokasinya memerlukan kita menempuh kesesakan jalan raya. Kalau dah terperangkap kemudian lewat sampai, ini memberikan satu pandangan negatif dari pihak majikan.


  • Datanglah ke tempat temuduga sendiri.

Bakal majikan selalunya tak suka, nampak pekerjanya manja tau. Kalau nak bagi alasan naik teksi/Uber mesti kena tahu kadar bayaran baru lah tak kantoi.


  • Bermanis muka
Jangan pandang rendah kepada sesiapa. Berilah senyuman kepada setiap pekerja di situ. Ini jugak dapat memberikan lebih keyakinan untuk kita melangkah.


  • Susun sijil sijil
Susun elok elok sijil yang kita ada. Letak kan didalam folder fail yang lutsinar. Senang majikan nak lihat nanti. Dan jangan lupa, sila bawa pen!


  • Buat research 
Google website rasmi syarikat tersebut sahaja mungkin tidak cukup. Forum atau bicara dari mulut ke mulut boleh menambah informasi. Ambil tahu setiap aspek yang penting. Yang paling penting adalah ambil tahu skop kerja yang kita dah minta tu.


  • Promosikan diri
Sekiranya anda memiliki perniagaan online, nyatakan. Mungkin dapat menjadi satu nilai tambah kepada diri kita nanti. 


  • Bersedia dengan soalan lazim

Perincikan tentang kebolehan diri, kelemahan, kenapa mahu bekerja di syarikat tersebut, kenapa  meninggalkan syarikat terdahulu, bagaimana melihat diri kita lima tahun akan datang dan sebagainya. Memburukkan syarikat terdahulu adalah sangat dilarang.




  • Tanyalah soalan

Tanyalah apa apa soalan yang kita nak tahu, bagi menampakkan kita berminat dengan kerja yang ditawarkan. Nak tanya soal gaji pon boleh tetapi tidak digalakkan. Melainkan jika ditanya tentang jangkaan gaji (expected salary) yang kita nak. Kerana setengah majikan tidak suka calon yang terus bertanyakan soal gaji.

  • Jadi ramah

Tips ni bonus point jea lah. Cuba kita beramah dengan para temuduga tersebut. Bercerita ke mereka seolah seolah mereka orang yang kita kenal rapat. Jangan tanya sepatah, sepatah jugak kita jawab, big mistake Fatin sendiri buat, boleh nampak jelas dekat muka penemuduga tu. Banding kita cuba beramah mesra, mereka nampak lebih berminat nak tahu soal kita. Kalau ditanya soalan mengenai keluarga? Pengalaman kerja? Cerita je macam kita bercerita dengan kawan baik kita (bahasa kena jaga la).

  • Usaha-doa-tawakal!
Yang terakhir sekali, buat lah sehabis baik Usaha bersungguh sungguh. Practice Make Perfect. Ulang la berkali kali 'skrip' yang kita nak cakap depan majikan nanti. Supaya nampak lebih berkeyakinan.

Jika tiada rezeki untuk bekerja disitu mungkin ALLAH nak bagi kita sesuatu yang lebih baik, jangan bersangka buruk dengan setiap yang berlaku. Mungkin ada yang lebih terbaik, dan ada hikmah yang tersembunyi. Teruskan berdoa. Hanya ALLAH yang maha mengetahui sekalian alam. Kita sebagai hambaNYA jangan penat untuk terus berusaha. Insya ALLAH.


You Might Also Like

25 comments

  1. Buat research tu yg penting especially berkenaan dgn job scope yg kita apply tu. Nampak lah kita betul2 minat nak keje tu kan.
    Good luck fatin. Kak ana doakan semoga fatin dpt keje. Boleh lah belanja kak ana nanti. Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Try jugak search. Thanks kak Ana, hehee bole boleh dtg penang halo halo eh ^^

      Delete
  2. bagus tips ni. dah lama x hadiri temuduga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee xpe, abam kie yg slalu temuduga murid murid kan.

      Delete
  3. yay! selamat maju jaya fatin.. yang penting..jangna nervous. Baca surah Yusuf untuk lulus temuduga..

    ReplyDelete
  4. Good luck kak Fatin!! Harap lulus lah ye temuduga esok.^^ btw nice sharing!

    ReplyDelete
  5. selalunya gi interview memang prepared, tapi bila dah kene soal, ntah apa2 jawab...hhaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa yg ni betul. Selalu jugakla macam tu. Last gagap jugak.

      Delete
  6. Lama dah bertemuduga. Hehehe.. Semoga berjalan lancar temuduga fatin hari ni 😁

    ReplyDelete
  7. Banyak banyak tips ni, satu je yang saya tak pernah buat. Datang sendiri sebab selalu ayah saya or adik or kakak saya yang tolong hantarkan. Nasib orang tak berlesen :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee, memula dulu sama laa. Parent yang hantarkan. Takpe selagi boss tak tahu. Hahaa

      Delete
  8. ok persediaan nak interview memang penting , tambah lagi kalau first time nak hadir temuduga, perasaan nervous semua ada

    ReplyDelete
  9. Betul apa yang dikongsikan tu, memang berguna jika nak hadiri temuduga...

    ReplyDelete
  10. Good luck Fatin..
    In shaa Allah kalau ada rezeki, Fatin akan dapat kerja di situ & jangan pernah putus asa. LZ pernah beberapa kali temuduga staff ternyata tips di atas tepat sekali.. Nice sharing ;-)

    ReplyDelete
  11. tips yang bagus untuk hadiri sesi temuduga.. persepsi awal yang baik memang perlu untuk menjawat apa2 jawatan..

    ReplyDelete
  12. Info kak Fatin sangat bagus untuk fresh graduate jadikan panduan. Terbaik kak Fatin. :)

    ReplyDelete

THE APPLE OF MY EYES