Teh Hijau Penuh Manfaat

22:08

Salam, Hi,
Mengamalkan minuman teh hijau memang banyak kebaikannya, tapi kalau amalkan dengan cara yang salah jugak boleh memberi kesan negatif untuk tubuh badan kita. Kajian menunjukkan peminum teh hijau mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kanser. Ia juga dapat melindungi otak dan mengurangkan risiko Alzheimer dan Parkinson. Terdapat banyak khasiat lain yang dapat diperoleh dengan teh hijau. Antaranya ialah:
Image result for green tea

  • Meningkatkan kadar pembakaran lemak

Jika perasaan kebanyakkan supplement kurus mesti mengandungi bahan seperti teh hijau. Teh hijau sudah terbukti dapat membantu dalam penggurangan berat badan. Teh hijau juga sememangnya terbukti boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak badan dan kadar metabolik. Kandungan kafein juga memainkan peranan dalam peningkatan pergerakan fizikal dan otot. Kalau dulu Fatin sendiri amalkan minum segelas teh hijau tanpa gula sebelum melakukan aktiviti riadah seperti berjogging. Hal ini sekaligus dapat membantu pembakaran kalori dengan lebih cepat.

  • Menjaga kulit

Selain daripada itu, teh hijau jugak dapat membantu dalam penjagaan kulit. Hal ini kerana teh hijau dapat melindungi kulit kita dari sinaran uv secara tidak langsung. Teh hijau kan tinggi kandungan anti oksidanya. Selain dapat mencegah penyakit kulit, kandungan anti oksida teh hijau jugak dapat membuat kulit tidak cepat kendur dan kecut. Boleh buat scrub tau dekat muka. Feeling kulit baby sangat lepas tu, hehee.

  • Mencegah Diabetes

Hal ini kerana teh hijau dapat mengatur kandungan kadar gula dalam darah. Sebab tu orang Jepun mengamalkan minum herba teh hijau. Kulit cantik, bdan pon sihat. Tapi nak diingatkan, minum yang kosong tanpa gula ye. Bukan yang gelas besar, secawan RM4.50 tu. Kalau teh hijau yang tu cukup sebulan potong kaki!
Image result for air cawan besar
Sedap, tapi hmmm

  • Dapat mencegah kerosakan gigi

Pernah tengok pencuci kumur mulut berperisa teh hijau? Teh hijau dapat membantu membunuh bakteria atau virus yang menyebabkan banyak penyakit pada gigi. Selain itu ia jugak dapat membantu menghilangkan bau mulut.

  • Dapat menghilangkan stress

Aroma dari teh hijau sememangnya dapat meghilangkan stress. Bau teh hijau yang lembut sedikit sebanyak dapat tenangkan fikiran untuk sementara. Yang ni memang Fatin setuju sebab kalau dapat bau teh hijau rasa tenang je hati ni. Bau kedua yang tenang selepas aroma kopi!

Banyak je lagi sebenarnya khasiat yang boleh kita dapat dengan teh hijau. Dan sekarang pelbagai jenis teh hijau yang boleh kita dapat. Kalau boleh jangan cari yang ada kandungan gula, cari yang less sugar atau zero sugar. Jangan minum teh hijau diawal pagi ketika perut masih kosong, hal ini kerana boleh menyebabkan rembesan gastric acid yang boleh menyebabkan sakit perut atau ulcer. Pengamal perubatan cina juga mengatakan pengambilan teh ketika perut kosong boleh menyebabkan paru paru dan perut menjadi sejuk. 

You Might Also Like

15 comments

  1. Tak tau pulak teh boleh hilangkan stress.Thanks for the info kak Fatin <3 Lepas ni mesti Hana rajin minum teh.hohoh nak kulit cantik kan? Heheh

    ReplyDelete
  2. Memang bagus ye minum teh hijau ni

    ReplyDelete
  3. me minum every two days one.. hhehhe

    ReplyDelete
  4. Saya pun minum green tea everyday :) beli jemana BOH je.

    ReplyDelete
  5. Sejak ayah sis dapat diabetes, teh hijau merupakan minuman wajib di rumah..
    Bila minum teh biasa sis mudah masuk angin compare to teh hijau. Paling sis suka teh hijau jasmine jenama Boh, fuh sambil minum bau wangi bunga jasmine menusuk kalbu.. ;-)

    ReplyDelete
  6. Minum suam-suam tanpa gula..
    Terima kasih Fatin perkongsian ni...

    ReplyDelete
  7. Green tea memang banyak benefits tapi tu lah, tekak saya tak boleh terima green tea T__T

    ReplyDelete
  8. wah jd haus....

    mampir yah sist... ^_^

    http://chipiet-diary.zone.id/2017/12/life-insurance-for-child-this-things.html

    ReplyDelete
  9. teh hijau teh jepang ke?
    aku suka teh hijau rasanya enak^^

    ReplyDelete
  10. niceee...ahmad green tea...slalu gak beli...haha

    ReplyDelete
  11. Banyak manfaatnya.
    Bagus untuk diamalkan.

    ReplyDelete
  12. akak pun suka teh hijau, suka warna, suka bau, suka rasa, pencuci kumur listerine ada perisa teh hijau.. XD. nasib tak telan air dia tu masa berkumur macam nak telan jerr hiii

    ReplyDelete
  13. Teh hijau mmg sangat bagus buang toksin dalam badan. Oh, baru GV tahu tak leh minum teh awal pagi kalau perut kosong. huhu. Good info kak fatin. :D

    ReplyDelete
  14. dulu mmg x suka teh hijau sbb bau tp laa ni... dah jatuh cinta hahahah

    ReplyDelete

THE APPLE OF MY EYES