Tips Beli Gajet Dengan LAZADA

17:56

Salam, Hi



Saje petang ni rasa nak share sikit pasal pengalaman sendiri beli online dengan LAZADA. Tahun lepas, Fatin ada beli sebijik ipong dengan LAZADA. Terdesak sebab walk in kedai semua macam tak best. Tu belum kira penjual yang nak taknak jual dengan kita. Yeala muka budak hingusan sangat kot. Padahal dia bukan tuan kedai pun. Acah sangat! Nak beli dekat Switch dengan bajet yang sikit memang boleh dapat setakat 16gb je. So sebelum nak beli tu memang Fatin dan research kaw kaw laa. 7 hari 7 malam baca segala pantang tok nenek. Yeala bukan sepoloh hingit dua poloh hinggit nak bagi ni. Gigil jugaklah masa nak bank in. Dah la sebelum tu baru je lepas kena tipu dengan pre order ipong. Tak guna betul, tidak akan ku halal kan fuhhh!


  • Okay first thing first


Buat survey. Contoh nak beli ip6, haaa survey laa segala spesifikasi dia. Apa yang untung apa yang rugi. Apa yang berbaloi, apa yang tak. Nak yang import ke refurbished ke yang original ke, haaa apa apa jeala yang nak. Dah siap boleh step seterusnya.


  • Tengok review


Haaa yang ni penting. Jangan malas! Rajin rajin laa tekan rating tu, baca dari previous customer. Kalau setakat satu dua review tak payah laa (tapi kalau berani ambil risiko, okay jer). Baca jea dari satu bintang sampai ke lima bintang. Dah puas hati? Haaaa belum habis lagi.


  • Bandingkan harga


Setengah produk tu kualiti apa semua sama je, kalau nak jimat cari lah yang lebih murah. Tak semestinya murah tu tak berkualiti dan tak semestinya yang mahal tu pon berkualiti ye dok? Kalau banding banding harga, nampak yang mahal tu lebih bagus, ambil laa yang mahal. Jangan nampak murah pejam mata terus klik proceed. No yaa!


  • COD


Cari yang ada Cash On Delivery (COD) Sebab apa? Supaya lebih terjamin keselamatan lah. Barang dah sampai depan mata baru bayar. And masa tu boleh check barang cepat cepat. Kalau puas hati bayar then cakap lah tima kasih (kesian dia penat penat hantar). Tapi kalau tak puas hati, minta ditukarkan atau refund (tapi tak semua barang boleh ye) Tapi masa Fatin beli ritu entahlah datang dari mana keberanian untuk terus bank in. Kalau kena tipu memang padan muka lah!


  • Warranty


Yang ni tips paling penting sekali. Masa beli memang Fatin cari yang betul betul trusted! Cara dia, cari store yang ada dua benda ni (rujuk gambar), so anything happen boleh terus rujuk LAZADA dan kalau tak puas hati boleh terus minta refund. Kebiasaan Fatin pernah baca urusan untuk refund memang makan masa yang lama. Tapi ada jugak yang cepat, oleh itu cari yang betul betul trusted under LAZADA sendiri.






  • Selesai!


Okay done. Dah rasa yakin boleh laa terus proceed. Kalau rasa tak yakin, hmm tak payah laa proceed kang tak tidur malam tunggu barang sampai. Lagipun benda melibatkan duit ni tak boleh bawa main. Penat lelah nak kumpul tu kita je yang rasa. So, ni hanyalah perkongsian tips yang Fatin buat masa first time nak beli gadjet dengan LAZADA. Alhamdulillah, barang sampai dengan selamat, tak ada rosak, calar sikit pon. Berserta warranty 1 tahun. In case ada masalah dalaman, pihak tersebut akan mengantikan yang baru terus dekat kita. So far Alhamdulillah, tak ada lack apa apa, dan memang puas hati. Terima kasih LAZADA.

You Might Also Like

22 comments

  1. Thanks for sharing!!! Hai kak Fatin.Hana menyampuk kat sini ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most wc dear. Takpe k fatin suka. datang selalu tauu ^^

      Delete
  2. dulu pernah beli hp samsung basic yg cuma boleh call n sms tu kat lazada. sampai skrg ok je..bateri tahan 10 hari gitu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, ada je brg yang tahan. Kena cari betul betul je

      Delete
  3. Alhamdulillah..terima kasih kobgsi tips...menjadi rujukan kalau-kalau kak PC nak membeli secara atas talian.

    ReplyDelete
  4. Woww, berani giler ahh !
    Iphone kot ! Terbaikkkkkkkk~ Tahniahh tahniahhh dha selamat membeli !
    Fuhh, nona mmang x berani try..tp yela..klu kat luor dah mahal gila kan..memang bagus try sini kan.... thanks tau !
    Nak try lah nanti 1 day..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee, entah la cemana boleh berani. Siang malam tidur tak lena. Hahaa

      Delete
  5. teringat kazen beli brg kat lazada. mg murah. rupanya keychain jee. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaa selalu baca jugak yg macam tu. Kerusi mainan la apa laa.

      Delete
  6. tak pernah try beli gajet kat lazada, tak berani lagi.. tapi klau dah de review mcm ni lega sikti dego.. Alhamdulillah selamat smpi barang yg di order, trusted seller tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, mula xberani jugak. Tapi survey betul betul. Insya ALLAH

      Delete
  7. Paling takut nak beli gadget dekat Lazada takut indah khabar dari rupa. Alhamdulillah rezeki semua ok.

    ReplyDelete
  8. Mana kalau beli kat Lazada mmg tgk review dulu. Kalau ramai puas Hati baru beli

    ReplyDelete
  9. Setuju sangat dengan semua points ni sebab Lazada ada juga barang fake rasanya. Kalau tak hati-hati dan amalkan tips yang Fatin mentioned ni, memang ada peluang kena tipulah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, ada je yang fake. Tapi pihak lazada pantau, mungkin ada je yg terlepas.

      Delete
  10. Useful tips.. Kena check betul-betul sampai puas hati baru beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thats the point. Kalau xyakin dengan seller jgan proceed.

      Delete
  11. I hope so. Most welcome yaa.

    will visit you back :)

    ReplyDelete
  12. Cash On Delivery and warranty. GV jarang beli online jadi mmg kurang peka hal sebegini. Good info kak Fatin. :D

    ReplyDelete

THE APPLE OF MY EYES